Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL131
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah penyelarasan data tamat permit kerja asing diselaraskan dengan data Pusat Pekerjaan Brunei dan Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPTMP) bagi membolehkan perancangan latihan proaktif melalui platform seperti SkillPlus?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Sukacita menjelaskan bahawa data berkaitan tenaga kerja yang diperolehi melalui Banci Majikan dan Pekerja yang dilaksanakan oleh Jabatan Buruh dan dikumpulkan melalui sistem Online Business Reporting (OBR) telah dimanfaatkan oleh Pejabat Perancangan Tenaga Manusia (PPTM) bagi tujuan analisis dan perancangan tenaga kerja.
Data ini antara lain digunakan untuk mengenal pasti keperluan tenaga kerja semasa, memantau komposisi tenaga kerja tempatan dan asing di sektor-sektor yang berkenaan dalam menyokong perancangan dasar negara yang berkaitan dengan penyetempatan pekerjaan (localisation) sekaligus digunakan untuk merancang intervensi latihan melalui pelbagai platform seperti SkillPlus, Spin, Trade Skills dan sebagainya.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.