Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL155

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah status terkini pelaksanaan Unit Perlindungan Kanak-Kanak (Child Safeguarding Units), yang telah ditubuhkan di keempat-empat daerah bagi memperkukuh tindak balas terhadap kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Perlindungan kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama seluruh negara. Kementerian Kesihatan berperanan sebagai rakan strategik yang menyokong dari aspek klinikal, pengesanan awal serta intervensi kesihatan, khususnya dalam mengenal pasti tanda-tanda penderaan dan pengabaian serta memastikan rawatan dan perlindungan yang sewajarnya diberikan kepada mangsa.

Pada masa ini, Unit Perlindungan Kanak-Kanak (Child Safeguarding Units) masih belum ditubuhkan di keempat-empat daerah. Namun demikian, Kementerian Kesihatan bersama agensi berkepentingan sedang membangunkan asas bagi penubuhan pusat perlindungan bersepadu (Child Safeguarding Hubs), yang akan menghimpunkan perkhidmatan kesihatan, sosial, pendidikan dan penguatkuasaan di bawah satu bumbung.

Sejak Januari 2024, seramai 466 pegawai dan kakitangan termasuk doktor, jururawat dan ahli profesional bersekutu telah menjalani kursus bulanan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Latihan ini memberi pengetahuan asas mengenai penderaan dan pengabaian kanak-kanak, kaedah pengesanan serta langkah intervensi yang bersesuaian.

Di samping itu, bengkel penulisan (writeshop) sedang dilaksanakan untuk membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang seragam antara agensi, meliputi peranan yang jelas, aliran rujukan, mekanisme perkongsian maklumat serta garis masa tindakan bagi memastikan respons yang lebih teratur dan berkesan.

Kementerian Kesihatan turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat (Department of Community Development, JAPEM), Pasukan Polis Diraja Brunei dan Biro Kawalan Narkotik, selaras dengan National Framework on Child

Protection (NFCP) yang menekankan pendekatan bersepadu dan berpusatkan kepentingan terbaik kanak-kanak.

Dengan usaha berterusan ini, penubuhan pusat perlindungan bersepadu dijangka dapat dilaksanakan secara berperingkat, dengan penekanan kepada penyelarasan yang jelas antara agensi, mempercepatkan intervensi lebih, mengurangkan pertindihan fungsi serta memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.