Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL157
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah individu yang mengakses perkhidmatan psikiatri, psikologi klinikal dan kesihatan mental berasaskan komuniti pada tahun 2025? Apakah langkah bagi memperluas kapasiti diagnostik dan penilaian, seperti penglibatan klinik swasta yang diiktiraf?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Pada tahun 2025, jumlah individu yang mengakses perkhidmatan kesihatan mental adalah seperti berikut:
- Bahagian Psikiatri Dewasa: 11,117 orang, terdiri daripada 984 kes baharu dan 10,133 kes susulan.
- Bahagian Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja: 920 orang, terdiri daripada 168 kes baharu dan 752 kes susulan.
- Bahagian Psikologi Masyarakat: 1,605 orang.
- Unit Psikologi Klinikal: 3,342 orang.
Angka ini menunjukkan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan psikiatri, psikologi dan kesihatan mental berasaskan komuniti di seluruh negara.
Bagi memperluas kapasiti diagnostik dan penilaian, Kementerian Kesihatan menyokong pendekatan Whole-of-Nation, di mana klinik swasta yang diiktiraf menjadi rakan strategik dalam memastikan akses kepada penilaian dan rawatan yang lebih pantas dan tepat.
Langkah-langkah yang sedang dilaksanakan termasuk:
- Pertama, kerjasama kolaboratif – penilaian awal yang dijalankan di klinik swasta yang diiktiraf akan diselaraskan dengan sistem rujukan hospital kerajaan. Pendekatan ini membantu mengurangkan pertindihan proses dan mempercepatkan intervensi pakar.
- Kedua, latihan saringan kesihatan mental – diberikan kepada doktor perubatan am di sektor swasta supaya mereka dapat menjalankan penilaian awal serta mengurus kes-kes ringan dengan lebih efisien.
Bagi menjamin keselamatan pesakit dan integriti perkhidmatan, semua pengamal dan fasiliti swasta yang terlibat mestilah berdaftar dengan badan pengawal selia yang berkenaan, iaitu Lembaga Perubatan Brunei (BMB) bagi doktor dan pakar psikiatri, serta Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Brunei Darussalam (AHPCBD) bagi psikologis klinikal dan psikologis.
Pendekatan ini memastikan setiap pengamal mendokong tahap profesionalisme, etika kerja dan kompetensi klinikal yang tinggi dalam memberikan rawatan kepada rakyat.
InsyaAllah, dengan kerjasama sektor awam dan swasta, kapasiti diagnostik dan penilaian kesihatan mental akan terus diperkukuh, demi memastikan rakyat mendapat akses rawatan yang lebih cepat, selamat dan berkesan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.