Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL018
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan perancangan kementerian dalam penyediaan garis panduan standard minimum bagi perkhidmatan yang ditawarkan klinik swasta bagi Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk saringan dan penilaian awal, diagnostik, intervensi pembelajaran dan sokongan kesihatan mental, sebagai rujukan am dan panduan untuk ibu bapa dan penjaga?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Secara umum, fasiliti dan pengoperasian klinik swasta adalah di bawah pemantauan Private Healthcare Institution Unit. Dari segi kredibiliti profesional pula, pengamal kesihatan bersekutu tertakluk kepada Akta Profesion Kesihatan Bersekutu Brunei Darussalam, Penggal 221. Di bawah akta ini, Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu diberi mandat untuk mengawal selia 19 profesion kesihatan bersekutu dan memastikan hanya pengamal yang berdaftar serta mempunyai sijil amalan tahunan dibenarkan berkhidmat.
Akta tersebut juga memperuntukkan tindakan terhadap mana-mana individu atau entiti yang menyamar sebagai profesional berkelayakan atau menggunakan gelaran yang dikawal selia tanpa pendaftaran sah. Hukuman denda atau penjara boleh dikenakan, dan ini memastikan pusat intervensi tidak beroperasi tanpa pengesahan profesional yang sah.
Pada masa ini, Kementerian belum mengeluarkan garis panduan khusus yang berasingan bagi perkhidmatan klinik swasta untuk Orang Kelainan Upaya. Walau bagaimanapun, pengamal perubatan yang merawat pesakit OKU bertanggungjawab menilai dan menangani keperluan khusus pesakit secara profesional dan beretika, selaras dengan standard amalan klinikal. Pesakit OKU berhak menerima layanan setara dengan penyesuaian munasabah berdasarkan keadaan dan keperluan individu.
Dari segi kemudahan fizikal dan infrastruktur, klinik swasta tertakluk kepada peraturan bangunan dan keperluan aksesibiliti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan, termasuk Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan.
Kementerian akan terus menggalakkan penyedia perkhidmatan kesihatan, termasuk sektor swasta, untuk memastikan persekitaran yang inklusif dan mesra OKU, selaras dengan komitmen negara ke arah akses kesihatan yang saksama untuk semua.
Setakat ini, belum ada perancangan untuk melakar garis panduan standard minimum yang memuatkan aspek sokongan kesihatan mental sebagai rujukan am untuk ibu bapa dan penjaga. Namun, Kementerian mengambil baik cadangan ini dan InsyaAllah akan meneliti perancangan masa depan bagi memperkukuh sokongan kepada golongan OKU.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.