Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL057
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan bagaimana kementerian mengintegrasikan kos kitaran hayat aset awam, termasuk penyelenggaraan jangka panjang dan pelupusan, dalam perancangan projek baharu? Adakah pendekatan masa ini menyebabkan kos tersembunyi, yang akan membebankan perbelanjaan awam masa depan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Di dalam sebarang rancangan projek baharu, kementerian sememangnya mengambil kira kos sepanjang hayat aset. Ini termasuk pertimbangan terhadap kos operasi dan penyelenggaraan yang termasuk pembaikan serta penggantian aset dengan tumpuan kepada rancangan penyelenggaraan jangka panjang melalui kontrak penggal. Pendekatan ini diambil bagi memastikan aset kerajaan berada dalam keadaan baik dan kerosakan yang lebih besar dapat dielakkan, yang sekiranya tidak ditangani lebih awal boleh menyebabkan kos pembaikan yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Contohnya adalah melalui 18 buah kontrak penggal pemeliharaan dan pembaikan jalan raya, kontrak penggal bagi operasi dan kerja-kerja pemeliharaan sistem hawa dingin di kawasan Brunei/Muara dan Tutong, serta kerja-kerja pemeliharaan fasiliti pengendalian bahan kimia di loji rawatan air.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.