Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-250326-Hari-Kesembilan.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL138

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan sekiranya terdapat perancangan bagi pengintegrasian sistem pembayaran digital 'Tarus' kendalian NDPX dengan Digital ID serta penilaian impak terhadap aspek integriti, kecekapan kos, dan pertumbuhan KDNK negara?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Pada masa ini, sebarang cadangan untuk menghubungkan sistem tarus dengan Digital ID masih dalam penelitian lanjut dari sudut dasar, perundangan dan keperluan teknikal. Secara amnya, integrasi sedemikian sememangnya berpotensi untuk memudahkan proses pengesahan identiti pengguna, contohnya ketika pembukaan akaun, pengaktifan perkhidmatan atau pengesahan transaksi dalam talian tanpa perlu mengemukakan maklumat yang sama berulang kali.

Dari segi impak, penggunaan Digital ID yang diintegrasikan bersama sistem aplikasi wallet atau bank digital boleh mengukuhkan integriti transaksi melalui adanya pengesahan identiti yang lebih mantap, sekaligus mengurangkan risiko penipuan. Proses yang lebih cekap juga berpotensi menurunkan kos dan mempercepatkan urus niaga, seterusnya menyokong aktiviti ekonomi dan secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan KDNK.

Namun yang demikian, kesannya bergantung kepada tahap penerimaan orang ramai dan pelaksanaannya adalah tertakluk jua kepada penilaian lanjut.

Pengurusan pendaftaran dan pengesahan pengguna bagi sistem tarus pada masa ini adalah dikendalikan oleh aplikasi bank dan e-wallet masing-masing. Dalam pada itu, jika Digital ID ingin berintegrasi dengan mana-mana sistem pembayaran yang mempunyai fungsi sistem tarus, pengintegrasian tersebut akan perlu dilaksanakan di peringkat aplikasi bank dan e-wallet yang mana adalah tertakluk kepada ketersediaan masing-masing.

Jika dilihat di negara lain seperti di Singapura, sistem pembayaran seperti PayNow tidak digabungkan secara teknikal dengan SingPass, namun Digital ID tersebut digunakan secara meluas oleh bank dan institusi kewangan untuk e-KYC dan pengesahan identiti, sekali gus memudahkan akses kepada perkhidmatan kewangan dengan lebih selamat tanpa integrasi penuh di peringkat infrastruktur. Ini menunjukkan bahawa identiti digital boleh berfungsi sebagai lapisan pengesahan yang memperkukuh keselamatan dan kecekapan sistem pembayaran tanpa perlu menggabungkan kedua-dua sistem secara menyeluruh.

Maklumat tentang sistem tarus

Untuk maklumat lanjut, sistem "tarus" membolehkan pemindahan wang di antara bank atau e-wallet yang berlainan secara serta-merta dengan hanya menggunakan nombor telefon, yang mana sistem ini dibangunkan bagi menyokong transaksi harian seperti pembayaran makan dan minum, pembelian barang rumah, pemindahan wang kepada ahli keluarga atau rakan, pembayaran yuran, serta urusan jual beli kecil dalam talian dan seterusnya.

Sebagai perbandingan, kebanyakan pemindahan antara bank pada masa ini memerlukan nombor akaun bank 12 digit dan boleh mengambil masa sehingga tiga (3) hari untuk diselesaikan, seperti kaedah RTGS yang lazimnya digunakan bagi transaksi bernilai lebih besar.

Pada masa ini, sistem "tarus" memperkenalkan pemindahan dana segera menggunakan nombor telefon. Para pengguna boleh memautkan akaun bank ataupun e-wallet kepada nombor telefon, dan menghantar atau menerima wang dengan hanya beberapa ketikan melalui platform berikut:

a. BIBD At-Tamwil Sdn Bhd (via Olive);
b. Datastream Digital Sdn Bhd (via MyDST);
c. Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (via TAIBVX); dan
d. Progresif Sdn Bhd (via Ding!).

Rangkaian tarus akan berkembang dengan lanjut, dengan lebih ramai peserta yang bakal menyertainya pada fasa seterusnya. Terutamanya, Baiduri Bank Sdn Bhd ("Baiduri"), Bank Islam Brunei Darussalam Berhad ("BIBD"), dan ThreeG Media Sdn Bhd (melalui Pocket) merupakan para peserta yang dijangka, dan ini diharapkan akan mengukuhkan lagi jangkauan dan impak rangkaian.

Dalam masa yang sama, pada 21 Februari 2026, ndpx telah melancarkan tarusQR iaitu standard kod QR yang membolehkan pengguna-pengguna untuk mengimbas kod QR melalui aplikasi-aplikasi yang disediakan oleh bank dan e-wallet dalam rangkaian sistem "tarus". Bagi peniaga pula, penggunaan satu kod QR standard mengurangkan keperluan memaparkan pelbagai kod berbeza, menjadikan operasi lebih teratur dan cekap, di samping mempercepat penerimaan pembayaran. Sebagai contohnya, pengguna MyDST kini boleh mengimbas kod QR yang dipaparkan oleh peniaga yang menggunakan Progresif Ding! sebagai kaedah penerimaan pembayaran.

Bagi meningkatkan kesedaran dan kebolehcapaian, ndpx bekerjasama dengan bank-bank dan e-wallet dalam melaksanakan pelbagai promosi. Pada masa ini, pembayaran kepada peniaga Perbadanan TAIB dan Progresif Ding! telahpun boleh dibuat melalui tarusQR. Selain itu, sumbangan kepada masjid-masjid tertentu juga boleh dilaksanakan melalui tarusQR. Usaha-usaha ini disokong oleh kempen promosi sosial media yang merangkumi penyediaan panduan pengguna bagi meningkatkan lagi tahap kefahaman, kesedaran dan penggunaan dalam kalangan masyarakat.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.