Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-170326-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL058

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan jika Jabatan Perdana Menteri mempunyai unjuran (projections) tentang jumlah dan bidang pekerjaan yang bakal diwujudkan di tahun menjelang 2035?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Dalam hal ini, menjelang tahun 2035, jumlah penduduk yang bekerja dijangka 265,700 orang, iaitu pertambahan lebih 40,000 peluang pekerjaan berbanding kedudukan semasa. Unjuran ini adalah berasaskan andaian makro berkaitan demografi, pasaran buruh, dan pertumbuhan ekonomi di bawah Economic Blueprint. Insha Allah pertambahan ini disokong melalui perkara-perkara berikut:

  • Pertama, Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment – FDI) berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan bagi anak tempatan, melebihi kapasiti yang mampu dijana oleh ekonomi negara pada masa ini. Sepertimana juga Kaola telah dikongsikan semasa hari ke-3 permesyuaratan, Insha Allah, 18 projek pelaburan yang kini dalam fasa pelaksanaan dijangka akan mewujudkan kira-kira 3,000 peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya;

  • Kedua, kesan limpahan atau spin-offs daripada projek-projek pelaburan ini juga dijangka mewujudkan peluang pekerjaan tambahan berdasarkan pengganda pekerjaan (atau employment multiplier). Walau bagaimanapun, tahap kesan limpahan ini bergantung kepada jenis sektor, tahap penggunaan teknologi dan automasi, serta penglibatan perusahaan tempatan dalam rantaian bekalan. Secara amnya, projek berintensifkan teknologi seperti sektor hiliran petrokimia dan tenaga cenderung menjana kesan limpahan yang lebih sederhana, manakala sektor yang lebih berintensifkan tenaga kerja seperti akuakultur, pemprosesan makanan laut berpotensi mewujudkan kesan limpahan yang lebih tinggi melalui rantaian bekalan seperti bekalan makanan ternakan, logistik rantaian sejuk, pembungkusan, pengedaran serta penglibatan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (MSME); dan

  • Ketiga, pengukuhan localisation melalui dasar dan penambahbaikan pengambilan pekerja dengan memastikan jawatan yang sesuai diutamakan untuk anak tempatan sebelum pengambilan pekerja asing. Pendekatan ini adalah sebagai strategi untuk meningkatkan peluang pekerjaan melalui responsible foreign worker displacement, seiring dengan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kelangsungan operasi perniagaan, dan peluang pekerjaan bagi anak tempatan.

Dari aspek jenis pekerjaan, pelbagai jenis pekerjaan dijangka akan diperlukan dalam kalangan profesional, juruteknik, pengurusan, operator, dan pekerja perkhidmatan di dalam bidang-bidang keutamaan seperti sektor hiliran, pemakanan, perkhidmatan, dan pelancongan.

Oleh yang demikian, dalam memastikan penyediaan tenaga kerja yang bersesuaian, Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Perancangan Tenaga Manusia (PPTM) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan serta institusi pengajian tinggi dan latihan bagi memastikan anak tempatan memiliki kualiti kemahiran, kebolehan dan pengalaman yang relevan untuk meraih peluang pekerjaan yang disediakan menjelang 2035.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.