Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-170326-Hari-Keenam.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL136

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan keberkesanan perancangan dan tindakan terkini dalam menangani peningkatan pencari pekerjaan aktif daripada 11,917 pada Oktober 2024 kepada 14,120 pada Oktober 2025 direkod oleh Pusat Pekerjaan Brunei, terutamanya mengambilkira kebanyakannya berkelulusan dari institusi-institusi pengajian tinggi?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Setakat 31 Disember 2025, jumlah pencari kerja aktif yang berdaftar di Pusat Pekerjaan Brunei (PPB), Jabatan Perdana Menteri ialah seramai 14,449 orang. Pada masa yang sama, sebanyak 5,480 jawatan kosong telah diiklankan melalui PPB, dan daripada jumlah tersebut, 3,102 jawatan (57 peratus) telah berjaya diisikan, yang mana ini menunjukkan kadar pengisian yang positif, dengan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Perkembangan tersebut juga mencerminkan pergerakan pasaran buruh yang dinamik, namun, cabaran utama yang dikenal pasti adalah ketidakpadanan kemahiran (skills mismatch), ketidakselarasan antara jangkaan graduan dengan realiti permintaan industri, dan kesesuaian calon dengan keperluan jawatan.

PPB telah melaksanakan beberapa langkah strategik bagi menangani cabaran tersebut, termasuklah:

i. Memperkukuh aktiviti pemadanan dan pengambilan terus melalui acara kerjaya:

  • PPB telah mempergiat pelaksanaan Mini Recruitment Drive, dengan peningkatan penyertaan daripada 11 syarikat dan agensi kerajaan pada tahun 2024 kepada 27 agensi pada tahun 2025. Melalui inisiatif ini, seramai 250 pencari kerja tempatan telah berjaya memperoleh penempatan pekerjaan sepanjang tahun 2025, yang mana mencerminkan keberkesanan pendekatan pengambilan pekerja secara berfokus dan bersemuka.

  • Selain itu, acara Jelajah Kerjaya telah dianjurkan di keempat-empat daerah dengan pencapaian yang memberangsangkan, antaranya:

    • 1,682 jawatan kosong telah ditawarkan di pelbagai sektor.
    • 415 jawatan telah berjaya diisikan.
    • Penyertaan seramai 15,080 orang pencari kerja, mencerminkan minat dan komitmen yang tinggi.
    • Penglibatan 90 buah syarikat dan 15 agensi kerajaan.
    • 443 sesi temuduga telah dijalankan secara langsung.
    • Pengisian aktiviti merangkumi sesi ceramah kerjaya bersama pihak industri, semakan CV secara langsung, sesi penerokaan laluan kerjaya (career discovery), serta perkongsian mengenai kemahiran masa hadapan yang diperlukan pasaran kerja.
  • Inisiatif ini bukan sahaja memperluas akses kepada peluang pekerjaan, malah memperkukuh jaringan antara pencari kerja dan majikan secara lebih berfokus dan interaktif.

  • Dalam pada itu, pendekatan ini juga mempercepatkan proses pertemuan terus antara majikan dan graduan, sekaligus mengurangkan tempoh pencarian kerja.

ii. Intervensi Upskilling dan Reskilling melalui Program SkillsPlus

  • Bagi menangani ketidakpadanan kemahiran, sebanyak 22 kursus pendek baharu telah diperkenalkan dalam bidang kewangan, ICT, HSE, Leadership and Management serta Pengurusan Tenaga Manusia.

  • Kursus ini dirangka berdasarkan permintaan industri dan jurang kemahiran yang dikenal pasti. PPB akan terus memperkenalkan kursus-kursus baharu yang dirangka berdasarkan permintaan industri, perubahan landskap pekerjaan dan jurang kemahiran yang dikenal pasti.

  • Pendekatan ini membantu graduan meningkatkan kebolehpasaran serta menyesuaikan diri dengan sektor yang mempunyai permintaan tinggi.

iii. Memperkukuh Program Persediaan Pekerjaan

  • Program ini diperkemas dengan modul yang dirangka mengikut kategori pencari kerja, termasuk graduan baharu. Penekanan diberikan kepada aspek-aspek kebolehkerjaan, termasuk:

    • Kesedaran kendiri dan pembangunan kemahiran insaniah
    • Penulisan CV dan teknik temuduga yang berkesan
    • Kemahiran komunikasi profesional
    • Disiplin dan etika kerja
    • Penyesuaian kepada budaya organisasi
  • Pendekatan ini amat signifikan memandangkan sebahagian graduan baharu berdepan cabaran dalam proses peralihan daripada alam pengajian ke alam pekerjaan. Selain menyasarkan graduan baharu, program ini turut disesuaikan mengikut keperluan kumpulan sasaran lain, termasuk individu yang telah lama berada di luar pasaran kerja bagi memastikan intervensi yang dilaksanakan adalah lebih fokus, menyeluruh, relevan dan berimpak tinggi.

iv. Memperkukuh Hiring Pipelines dan Laluan Perantisan

  • PPB turut memperluas peluang perantisan melalui program perantisan i-Ready dan SkiPPA sebagai jambatan peralihan ke arah pekerjaan tetap. Data menunjukkan kadar penyerapan yang tinggi dalam skim perantisan, sekali gus menjadikannya pendekatan yang berkesan untuk membantu graduan memperoleh pengalaman industri sebelum dilantik ke jawatan tetap.

  • Kerjasama bersama industri melalui Manpower Industry Steering Committee (MISC) juga diperkukuh bagi:

    • Mengenalpasti sektor berpermintaan tinggi.
    • Menyelaraskan keperluan kompetensi, dan
    • Menggalakkan penyerapan graduan selepas latihan.

Dalam memastikan PPB terus relevan dan responsif terhadap pasaran buruh yang dinamik, beberapa langkah strategik telah dirancang, iaitu:

i. Projek Pembangunan Sistem Baharu PPB

  • PPB merancang untuk membangun sistem aplikasi baharu yang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan serta automasi bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan pasaran kerja.

  • Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan ketepatan proses pemadanan pekerjaan, di samping membantu mengenal pasti jurang kemahiran, dan menyediakan cadangan pembangunan kompetensi yang bersesuaian kepada pencari kerja tempatan.

  • Sistem baharu ini turut memberi manfaat kepada pihak majikan dan syarikat, khususnya dalam mempercepat proses pengambilan pekerja, meningkatkan ketepatan pemilihan calon yang memenuhi keperluan jawatan, serta mengurangkan kebergantungan kepada proses saringan manual yang memakan masa yang panjang.

ii. Memperkukuh Kolaborasi bersama Industri

  • Menyediakan hiring pipeline yang lebih tersusun melalui kerjasama strategik bersama pihak industri, termasuk memperbanyak peluang perantisan dan pelaksanaan program latihan berstruktur yang selaras dengan keperluan sebenar industri dan majikan, bagi memastikan kesinambungan laluan daripada latihan kepada penempatan pekerjaan.

  • Memperkasa proses pengesahan dan pensejajaran kemahiran melalui penglibatan aktif industri dalam penetapan kompetensi, penilaian prestasi perantis, dan penyelarasan kandungan latihan agar selari dengan permintaan pasaran kerja semasa.

Pendekatan menyeluruh ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan bukan sahaja dalam memudahkan peluang pekerjaan, tetapi juga dalam memperkukuh kecekapan pasaran buruh, meningkatkan kebolehkerjaan tenaga kerja tempatan, serta mendukung keperluan majikan secara lebih strategik dan berimpak.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.