Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL020
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan bagaimana Kementerian memastikan integrasi laluan berbasikal, mikro-mobiliti, kebolehlayaran pejalan kaki (walkability) dan sistem pengangkutan awam dapat berjalan secara efisien di koridor yang padat seperti Brunei Muara? Apakah mekanisme dan ukuran kejayaan untuk memastikan peningkatan keterhubungan dan mobiliti bandar?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Bagi menjawabnya, terlebih dahulu mengakui bahawa kemajuan kawasan bandar di negara ini, selama ini lebih cenderung kepada tatacara mobiliti dengan menggunakan kereta persendirian dan kenderaan-kenderaan bermotor.
Dalam hubungan ini, peranan perancangan pembangunan bandar atau 'urban development planning' adalah sangat penting di dalam menyerapkan aspek-aspek 'active mobility' seperti berjalan kaki, berbasikal dan lain-lain.
Oleh yang demikian, penglibatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sebagai ahli kepada Jawatankuasa Guna Tanah adalah wadah penting dalam menyerapkan aspek 'active mobility' diambil kira, terutamanya di dalam apa jua perancangan kemajuan kerajaan, seperti kawasan-kawasan perumahan negara.
Diakui keperluan ini perlu dipertingkatkan dan dilaratkan juga kepada kemajuan-kemajuan persendirian seperti melalui penyediaan 'Local Development Plan' atau Rancangan Tempatan serta penyediaan 'design standards & guidelines' atau piawaian dan garis panduan yang dapat menyokong penyediaan 'sustainable mobility plan' bagi kemajuan-kemajuan komersial, perindustrian dan perumahan.
Dalam mendokong peningkatan keterhubungan dan mobiliti, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sepertimana dikongsikan pada menjawab soalan PL147 daripada Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, penaiktarafan sistem pengangkutan awam adalah diberi keutamaan buat masa ini.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), berdasarkan pemerhatian lapangan, pelaksanaan integrasi sepenuhnya bagi penyediaan laluan khusus bas dan laluan berbasikal masih menghadapi beberapa kekangan ('constraint'). Antaranya ialah terhadnya ruang koridor jalan sedia ada, terutamanya di kawasan pusat bandar serta di beberapa jalan utama yang telah lama dibangunkan.
Namun demikian, dari segi kebolehlayaran pejalan kaki ('walkability'), beberapa inisiatif telahpun dilaksanakan secara berperingkat, khususnya di kawasan yang mempunyai tumpuan aktiviti awam yang tinggi. Ini termasuk di kawasan komersial, jalan-jalan utama seperti Jalan RIPAS, kawasan pusat bandar serta sekitar kompleks pejabat kerajaan, di mana kemudahan laluan pejalan kaki, lintasan pejalan kaki dan penambahbaikan persekitaran pejalan kaki telah disediakan bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna.
Antara projek yang telah siap dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya ialah penyediaan laluan pejalan kaki di Jalan persekitaran Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Sementara projek-projek yang masih di dalam perlaksanaan ialah pembinaan jejantas pejalan kaki di Jalan Perdana Menteri berdekatan Kawasan Komersial Jaya Bakti dan di Jalan Tutong berhampiran Sekolah Rendah Orang Kaya Bakti Kilanas. Selain itu, projek kemudahan pejalan kaki di kawasan Pejabat Kerajaan di Jalan Landasan Lama juga dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini.
Berhubung dengan mekanisme dan ukuran peningkatan keterhubungan dan mobiliti bandar, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sedang merangka satu kajian iaitu 'Mobility Index' bagi mengukur dan menilai prestasi sistem pengangkutan yang lestari ('sustainable') yang mana ianya akan menghasilkan ke arah pemetaan indeks mobiliti. Indeks mobiliti ini akan dapat membantu dalam penyediaan dasar yang secara menyeluruh mengenai penggunaan pelbagai mod pengangkutan di Negara Brunei Darussalam.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.