Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL053

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan usaha kementerian dalam meningkatkan keyakinan pengusaha dan pelabur tempatan? Apakah langkah yang perlu diperkukuh bagi memastikan persekitaran perniagaan negara kekal stabil, boleh dijangka dan kondusif bagi mempermudahkan pelaburan jangka panjang?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Dalam meningkatkan keyakinan pengusaha dan pelabur tempatan, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Ekonomi terus komited dalam memastikan adanya dasar-dasar yang konsisten, urus tadbir yang baik dan pemantauan yang dibuat secara berterusan serta berasaskan data bagi meningkatkan lagi keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan.

Di dalam mendokong pembangunan kapasiti pengusaha dan pelabur tempatan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) berperanan sebagai 'key enabler' dengan melaksanakan pelbagai inisiatif. Ini termasuk seperti penyediaan dan penawaran tapak-tapak perindustrian termasuk kemudahan-kemudahan yang diberikan serta infrastruktur asas seperti jalan raya serta penyediaan kemudahan utiliti seperti bekalan elektrik dan air, iaitu sepertimana jua sokongan yang diberikan kepada syarikat-syarikat luar asing (FDI).

Selain itu, BEDB mendokong perusahaan dan pelabur tempatan dengan memudahkan akses ke pasaran domestik melalui platform tempatan, yang mana akan membantu syarikat tempatan untuk mengukuhkan kedudukan perniagaan mereka di pasaran domestik sebagai asas kepada pengembangan ke pasaran serantau dan global. BEDB turut juga menyediakan sokongan tambahan kepada para pelabur dalam merangka dan melaksanakan pelan eksport masa hadapan bagi produk mereka, iaitu melalui inisiatif-inisiatif seperti khidmat nasihat, pembangunan kapasiti dan latihan, promosi serta pemadanan perniagaan.

Dalam menambahbaik ekosistem perniagaan dan tadbir urus yang pro-business, BEDB telah memperkenalkan beberapa inisiatif seperti BEDB Engagement Series, Roundtable Dialogue with Business Community, MSME Roundtable Series dan juga Sesi Dialog dan kerjasama erat dengan Dewan-Dewan Perniagaan dan Pertubuhan Perniagaan tempatan. Inisiatif-inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh kolaborasi di antara sektor awam dan swasta, sekali gus membantu pihak Kerajaan memahami serta menangani cabaran yang dihadapi oleh pihak perniagaan, ke arah menyokong pewujudan ekosistem yang lebih pro-business dan berdaya tahan.

Selain itu, dalam memantapkan lagi persekitaran perniagaan yang lebih kondusif, usaha-usaha untuk meningkatkan penyelarasan bersepadu antara agensi kerajaan secara pendekatan whole-of-government akan terus dipertingkatkan. Dengan adanya penyelarasan yang bersepadu, ianya akan dapat memastikan proses-proses kelulusan yang berkaitan, penyediaan rangka kerja dan peraturan, serta pemantauan berkesan akan dapat dijalankan dengan lebih telus, cekap dan bersepadu dan juga akan dapat mengurangkan sebarang pertindihan kerja.

Penerapan penggunaan teknologi perlu juga diperluaskan lagi di kalangan pengusaha tempatan selaras dengan arus perkembangan ekonomi global, agar mereka dapat lebih berdaya saing di pasaran domestik dan antarabangsa. Selain itu, inisiatif pendigitalan juga perlu dipercepatkan, khususnya bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan proses-proses pelesenan dan permit kerajaan, ke arah mencapai tahap kecekapan ekosistem perniagaan negara yang lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini Insya-Allah akan dapat menyumbang kepada pewujudan persekitaran perniagaan yang lebih stabil, boleh dijangka dan kondusif, sekaligus membolehkan para pelabur membuat perancangan jangka panjang dengan lebih yakin serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.