Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-160326-Hari-Kelima.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL039

SOALAN

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin

YANG BERHORMAT AWANG AMRAN BIN HAJI MAIDIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha Kementerian Pendidikan bagi memastikan sistem persekolahan integrasi tidak menjejaskan akses pendidikan bagi pelajar berkeperluan khas, tidak kira perbezaan agama khususnya dari segi penyesuaian kurikulum, penyediaan bahan pengajaran, serta mekanisme pemantauan hasil pembelajaran?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

AKSES PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum (CDD) dan Jabatan Pendidikan Khas (JPKHAS) sentiasa bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam memastikan kurikulum Pendidikan Islam yang dibangunkan di bawah sistem pengintegrasian adalah menyeluruh, inklusif serta memenuhi keperluan pembelajaran semua pelajar, termasuk pelajar berkeperluan khas. Antara usaha yang telah dan sedang dilaksanakan ialah:

i. Sukatan Pelajaran dan Penilaian

Penyediaan Kurikulum Pendidikan Islam (Pendidikan Khas) yang memfokuskan kepada tiga komponen utama, iaitu Kemahiran Asas Al-Quran, Kemahiran Asas Ibadah dan Amali Ugama serta Kemahiran Asas Jawi. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan para pelajar berkeperluan khas dapat menguasai asas pendidikan ugama secara berperingkat, bersesuaian dengan tahap keupayaan dan keperluan pembelajaran masing-masing.

Disamping itu, sistem penilaian diagnostik juga dilaksanakan secara berterusan bagi memantau serta menilai perkembangan pembelajaran secara menyeluruh. Melalui penilaian ini, keperluan pembelajaran individu dapat dikenal pasti dengan lebih awal, seterusnya membolehkan penyediaan sistem sokongan pembelajaran (learning support) yang bersesuaian dapat diberikan.

ii. Program Latihan dan Perkembangan Profesional

Penawaran Kursus Pengenalan Pendidikan Khas kepada guru-guru ugama dan Guru Pendidikan Khas Ugama sebagai usaha memperkukuh kemahiran guru dalam mengendalikan pembelajaran inklusif. Setakat Oktober 2025, seramai 190 guru ugama dari sekolah kerajaan dan swasta telah mengikuti kursus berkenaan bagi memastikan penyampaian pengajaran dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan responsif terhadap keperluan pelajar berkeperluan khas.

iii. Prasarana dan Kemudahan

Kementerian Pendidikan akan sentiasa berusaha dalam menyediakan prasarana serta sumber pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar, di samping menyediakan infrastruktur yang lebih inklusif antaranya kemudahan tempat berwudhu khas bagi pelajar yang menggunakan kerusi roda serta kemudahan sokongan lain yang relevan.

Insha Allah, Kementerian Pendidikan akan sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pengajian Islam bagi memastikan akses pendidikan ugama kepada pelajar berkeperluan khas dapat dilaksanakan secara efektif dan inklusif, selaras dengan Dasar Pendidikan Inklusif yang telah lama diamalkan dalam Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam.


Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.