Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-280326-Hari-Kesebelas.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL163

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat

YANG BERHORMAT AWANG LAWI BIN HAJI LAMAT meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan tahap adaptasi pendekatan Regenerative Agriculture oleh sektor pertanian negara? Berapakah anggaran jangka masa bagi pulangan pelaburan (return on investment) yang dikenal pasti bagi petani dan kerajaan berdasarkan penilaian kementerian?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Antara pendekatan Regenerative Agriculture (RA) bertujuan untuk mengoptimumkan hasil tanaman melalui pemulihan kesuburan tanah secara semula jadi, dengan menggunakan kompos yang dihasilkan daripada bahan organik pertanian tanpa menjejaskan sumber semula jadi. Ianya merupakan salah satu amalan pertanian mampan yang sedang diperkenalkan secara berperingkat di Negara Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh produktiviti sektor pertanian dalam jangka masa panjang.

Pada masa ini, tahap adaptasi pendekatan tersebut masih berada pada peringkat awal pelaksanaan, khususnya melalui projek rintis kajian dan demonstrasi ladang yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Melalui projek rintis ini, seramai lima orang pengusaha tanaman serta sebuah syarikat berkaitan Kerajaan dalam sektor padi sedang melaksanakan amalan yang berpandukan prinsip Regenerative Agriculture.

Pendekatan ini memberi tumpuan kepada pemulihan kesihatan tanah melalui peningkatan bahan organik, pengurangan penggunaan input kimia serta pengurusan tanah yang lebih lestari, dengan matlamat meningkatkan daya tahan tanah dan produktiviti ladang dalam jangka masa panjang.

Dalam memperkukuh penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan turut bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bagi menjalankan kajian berkaitan keberkesanan amalan Regenerative Agriculture dalam konteks keadaan tanah dan iklim di negara ini. Pertanian dan Agrimakanan sedang melaksanakan projek kolaborasi peningkatan kesuburan dan kesihatan tanah.

Setakat ini, pengusaha secara umumnya hanya menggunakan baja kimia dalam ladang Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) untuk mengawal tahap keasidan tanah seperti baja kapur dolomit. Walau bagaimanapun, baja ini hanya berkesan dalam tempoh masa jangka pendek dan perlu di import daripada luar negeri. Baja kimia secara lazimnya juga tidak memanfaatkan kelestarian kesuburan dan kesihatan tanah dalam memperkukuhkan produktiviti sektor pertanian dalam jangka masa panjang.

Mengenai pulangan pelaburan (return on investment – ROI), penilaian secara menyeluruh masih dijalankan memandangkan manfaat Regenerative Agriculture lazimnya dapat dilihat secara lebih jelas selepas beberapa musim penanaman apabila keadaan kesuburan tanah mula bertambah baik.

Berdasarkan pendapatan awal projek rintis kajian di peringkat ladang, pendekatan ini telah menunjukkan peningkatan hasil produktiviti yang positif sebanyak minima 20% beserta dengan peningkatan nilai kesuburan tanah dan kesihatan tanaman. Melalui pendekatan ini, kos penggunaan input kimia seperti baja dan racun perosak boleh dikurangkan lalu menjimatkan kos perbelanjaan peladang dan syarikat sektor pertanian di Negara ini.

Bagi pihak Kerajaan, pendekatan ini juga memberi manfaat jangka panjang melalui pengurusan sumber tanah yang lebih mampan, pengurangan tekanan terhadap alam sekitar serta pengukuhan sekuriti pengeluaran makanan negara.

Sehubungan itu, Kementerian akan terus menilai keberkesanan pendekatan ini melalui projek rintis yang sedang dilaksanakan sebelum memperluaskan penggunaannya secara lebih meluas dalam sektor pertanian negara.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.