Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL065
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan kejayaan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei dalam menarik pelabur asing baru ke negara ini di bawah Inisiatif Public-Private Partnership (PPP)?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Dikongsikan satu contoh kejayaan pelaburan langsung asing (FDI) melalui pendekatan PPP, iaitu penubuhan Syarikat Anson International Sdn Bhd (AISB), sebuah syarikat usaha sama di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Strategic Development Capital Fund dengan syarikat rakan kongsi tempatan iaitu Syarikat Qaswa Holdings Sdn Bhd dan Syarikat Pelabur Asing Dongil Shipyard Co. Ltd. dari Republik Korea.
Melalui struktur PPP ini, Syarikat tersebut dibangunkan sebagai sebuah projek industri strategik yang memberi tumpuan kepada:
- Penyelenggaraan kapal marin ataupun Marine Maintenance, Repair and Overhaul; serta
- Aktiviti Decommissioning and Restoration.
Untuk makluman, Fasa pertama projek akan memberikan fokus kepada penyelenggaraan kapal di dalam kawasan integrated yard. Manakala, Fasa kedua pula akan merangkumi peluasan aktiviti termasuk penukaran kapal, well subsurface intervention, pembinaan modul dan marin, serta inisiatif waste-to-energy conversion.
Dari segi impak ekonomi, projek ini dijangka menjana hasil tahunan antara BND10 juta hingga BND25 juta, serta mewujudkan peluang pekerjaan tempatan.
Pelaksanaan projek di Tapak Perindustrian Pulau Muara Besar ini turut memperkukuh kedudukan Negara sebagai hab perkhidmatan marin serantau, seterusnya menyokong agenda pempelbagaian ekonomi negara.
Dikongsikan satu lagi contoh kejayaan di bawah inisiatif PPP iaitu penubuhan Syarikat Muara Port Company Sdn Bhd ("MPC"), sebuah syarikat usaha sama di antara Kerajaan melalui Syarikat Darussalam Assets dan Guangxi Beibu Gulf International Port Group., Ltd ("Syarikat Beibu") melalui Beibu Gulf Holding (Hong Kong) Co., Ltd, pada 21hb Februari 2017 untuk mengambil alih pengendalian aset operasi dan pengurusan Terminal Kontena Muara ("MCT") dan Terminal Konvensional Muara ("MCVT") serta aset-aset pelabuhan yang lain secara sepenuhnya.
Kerjasama tersebut telah menyumbang kepada:
-
Peningkatan maritime connectivity negara dengan pengenalan shipping lines baru dan peningkatan bilangan destinasi (dari 8 ke 12) serta meningkatkan penggunaan pelabuhan Muara dan mendokong pertumbuhan industri logistik tempatan.
-
Selain itu, inisiatif PPP ini telah menambahbaikan Pelabuhan Muara secara menyeluruh (termasuk Kompleks Pendaratan Ikan Muara melalui anak syarikat MPC, Muara International Fish Landing Sdn Bhd) untuk meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan kadar throughput melalui Pelabuhan Muara dari purata 643 ribu tonnes pada tahun 2016 ke purata 1.2 juta tonnes pada tahun 2025.
-
Dalam pada itu juga, usaha PPP ini adalah selaras dengan "Pelan Induk Pelabuhan Muara" (Muara Port Masterplan) yang telah dilancarkan pada Ogos 2024 sebagai garispandu syarikat MPC untuk merealisasikan objektif-objektif strategik seperti mengurangkan kos logistik, menyediakan lebih banyak perkhidmatan tambah nilai (value-added services), mendokong pembangunan keupayaan tenaga manusia serta menciptakan kelanjutan perniagaan. Manfaat utama projek tersebut termasuk peningkatan kapasiti Terminal Kontena daripada 220,000 Twenty-foot Equivalent Units (TEUs) kepada 500,000 Twenty-foot Equivalent Units (TEUs) dan pembinaan sebuah Port Trade Zone seluas 3.62 hektar di dalam terminal kontena.
-
Selain itu, Alhamdulillah, inisiatif PPP ini juga menyumbang kepada peningkatan peluang pekerja sejak tarikh penubuhan MPC dari 88 orang pekerja kepada 285 orang pekerja (setakat bulan Januari 2026), yang mana 96% warga syarikat tersebut adalah merupakan warga tempatan.
Secara keseluruhannya, projek PPP ini telah membuktikan kejayaan dalam menarik pelabur asing strategik, memindahkan kepakaran teknikal, serta membangunkan kapasiti industri tempatan melalui kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan pelabur antarabangsa, dan terutamanya mengwujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan tempatan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.