Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-140326-Hari-Ketiga.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL100

SOALAN

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

YANG BERHORMAT AWANG ABDUL AZIZ BIN HAJI HAMDAN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan usaha yang dijalankan bagi memastikan penyelarasan antara kementerian, institusi kewangan dan pengawal selia dilaksanakan bagi memastikan sistem cashless agar selamat, efisien dan mudah diakses oleh rakyat?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Pengawalseliaan sistem pembayaran di Negara Brunei Darussalam, termasuk pembangunan sistem secara cashless adalah dipacu oleh Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) yang mana mempunyai mandat untuk memastikan sistem pembayaran di Negara Brunei Darussalam beroperasi secara selamat, cekap, dan teratur. Dalam melaksanakan agenda sistem cashless, penyelarasan dilaksanakan secara bersepadu melalui kerjasama rapat antara BDCB, institusi-institusi kewangan, serta National Digital Payments Network Sdn Bhd (ndpx), sebagai hab pembayaran digital negara.

Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan dalam mendokong pembangunan sistem cashless termasuklah seperti pelaksanaan sistem pembayaran segera (instant payment system) yang dilaksanakan secara berfasa, iaitu perkhidmatan pindahan dana segera yang telah pun dilancarkan pada bulan Mac 2025 lalu, dan yang keduanya iaitu pembayaran melalui kod QR atau tarusQR yang berjaya dilancarkan pada bulan Februari 2026. Sistem ini memastikan pemindahan dana antara bank dan pengendali sistem pembayaran dapat dilaksanakan secara real-time, selamat, dan mengikut piawaian kawal selia yang ditetapkan. Sejak pelancaran tarus pada tahun 2025, sebanyak lebih 20,000 transaksi direkodkan, dengan nilai jumlah keseluruhan mencecah BND2.4 juta.

Selain itu, BDCB juga telah mengeluarkan Notis mengenai Standard Kod QR pada bulan Mac 2025 yang menghendaki pengendali sistem pembayaran untuk melaksanakan kod QR standard kebangsaan sepenuhnya menjelang Januari 2027. Pelaksanaan kod QR ini adalah berdasarkan standard kebangsaan yang selaras dengan piawaian antarabangsa, bagi memastikan kesalingoperasian, keselamatan dan keseragaman dalam penggunaan kod QR di negara ini. Langkah ini memastikan pengguna dan peniaga tidak lagi memerlukan pelbagai kod atau terminal berasingan, sekaligus mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan transaksi.

Dari sudut rangka kerja kawal selia, BDCB telah memperkenalkan FinTech Regulatory Sandbox pada tahun 2017 bagi menyokong inovasi secara terkawal, serta mengeluarkan Notis mengenai Keperluan untuk Sistem Pembayaran yang mewajibkan kelulusan bagi pengendalian sistem pembayaran sejak tahun 2020. Pada masa yang sama, BDCB sedang merangka perundangan baharu yang komprehensif bagi mentadbir industri pembayaran secara lebih menyeluruh dan tersusun.

Bagi memperkukuhkan infrastruktur, sistem Real Time Gross Settlement (RTGS) juga telah dipertingkatkan pada tahun 2024 untuk menyokong penyelesaian pembayaran secara real-time dan mengurangkan risiko penyelesaian antara bank.

Kesemua inisiatif ini dilaksanakan selaras dengan Digital Payment Roadmap 2019-2025 ke arah merealisasikan aspirasi "Digital Payment Nation", sejajar dengan visi pembangunan sektor kewangan negara dan Wawasan 2035.

Bagi memastikan penyelarasan yang berkesan antara kementerian, institusi kewangan dan pengawal selia, BDCB baru-baru ini juga telah diberi kebenaran untuk menubuhkan Jawatankuasa Pembayaran Digital (Digital Payment Committee), yang mana bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dan penyelarasan dasar antara pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem pembayaran digital. Keahliannya merangkumi Kementerian Pengangkutan dan Info-komunikasi (MTIC), Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dan agensi Kerajaan seperti Cyber Security Brunei; badan berkanun seperti Authority for Infocommunications Technology Industry (AITI) dan BDCB; serta institusi perbankan, penyedia perkhidmatan pembayaran dan wakil daripada Persatuan Perniagaan dan Perdagangan.

Melalui platform ini, perbincangan dan penyelarasan dapat dilaksanakan secara bersepadu khususnya dalam aspek piawaian keselamatan, keperluan pengawalseliaan, pengurusan risiko siber, interoperabiliti sistem serta peluasan akses pembayaran digital kepada rakyat dan perusahaan.

Dalam pada itu, bagi memastikan sistem pembayaran tanpa tunai kekal selamat, efisien dan mudah diakses, Jawatankuasa ini akan memainkan peranan penting dalam merangka Digital Payment Roadmap yang seterusnya bagi tempoh 2026–2030 agar strategi yang digubal kekal relevan dan responsif terhadap perkembangan teknologi dan landskap risiko semasa.

Selain itu, izinkan juga mengongsikan inisiatif-inisiatif pembayaran digital yang dilaksanakan di agensi-agensi Kerajaan. Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Perbendaharaan telah pun menyediakan sistem e-Payment Gateway (EPG) dan One Common Billing System (OCBS), masing-masing pada tahun 2014 dan 2021, bagi memudahkan pengendalian kutipan hasil Kerajaan dengan lebih sistematik, selamat dan teratur. Pada masa ini, 47 buah agensi Kerajaan telah pun menggunakan OCBS.

Dalam usaha untuk menggalakkan pembayaran secara cashless bagi perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan, beberapa kaedah telah disediakan iaitu termasuk melalui portal dalam talian (online portal) dengan menggunakan kad kredit atau debit, yang mana boleh diakses pada bila-bila masa sama ada melalui telefon bimbit atau peralatan laptop. Kedua, melalui aplikasi perbankan secara atas talian (online banking) seperti BIBD NEXGEN dan Baiduri Digital; dan ketiga, melalui terminal-terminal kad yang ada disediakan di kaunter-kaunter Jabatan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.