Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Jawapan-Pertanyaan-Jawab-Lisan-Secara-Bertulis-140326-Hari-Ketiga.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Lisan PL084

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

YANG BERHORMAT AWANG HAJI MD. SALLEH BIN HAJI OTHMAN meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan kriteria dalam mengenal pasti keperluan bagi pembinaan hospital baharu? Sejauhmana pertimbangan untuk membina hospital di kawasan yang mengalami peningkatan pesat jumlah penduduk?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Kesihatan

Dalam mengenal pasti keperluan bagi pembinaan hospital baharu dan fasiliti kesihatan secara amnya, Kementerian Kesihatan menilai beberapa kriteria utama termasuk pertumbuhan penduduk, keperluan perkhidmatan kesihatan, serta kapasiti dan kadar penggunaan fasiliti sedia ada, termasuk kadar penghunian katil hospital dan nisbah katil hospital bagi setiap penduduk.

Kementerian juga mengambil kira aksesibiliti pesakit kepada kemudahan kesihatan, termasuk masa perjalanan ke hospital terdekat, serta saiz penduduk liputan perkhidmatan (catchment population) bagi memastikan kemudahan kesihatan dapat menampung keperluan penduduk di sesuatu kawasan.

Di samping itu, perancangan tenaga kerja kesihatan turut dinilai, termasuk nisbah penduduk kepada tenaga kesihatan seperti doktor, jururawat dan profesional kesihatan lain, bagi memastikan kemudahan yang dirancang dapat disokong dengan tenaga kerja yang mencukupi dan selamat untuk dijalankan.

Selain pertimbangan keperluan perkhidmatan, kementerian juga menilai implikasi kewangan dan keberkesanan kos, termasuk peruntukan pembangunan, kecekapan penggunaan sumber serta pulangan nilai kepada sistem kesihatan (return on investment) bagi memastikan setiap pelaburan infrastruktur kesihatan memberi manfaat optimum kepada rakyat.

Sehubungan itu, kawasan yang mengalami peningkatan pesat jumlah penduduk merupakan antara faktor penting dalam pertimbangan pembinaan hospital baharu. Walau bagaimanapun, sebarang cadangan akan dinilai secara menyeluruh bagi memastikan perancangan fasiliti, perkhidmatan, tenaga kerja dan sumber kewangan adalah selaras dan mampan dalam sistem kesihatan negara.

Kementerian Kesihatan sentiasa memantau dan menilai kapasiti fasiliti kesihatan negara melalui beberapa indikator teknikal utama, termasuk nisbah katil hospital kepada jumlah penduduk serta kadar penggunaan katil hospital atau bed occupancy rate. Indikator-indikator ini penting bagi memastikan kapasiti perkhidmatan kesihatan adalah mencukupi dan dapat menampung keperluan rawatan pesakit, khususnya bagi perkhidmatan rawatan sekunder dan tertiari yang semakin meningkat.

Sekiranya kadar penggunaan katil menghampiri atau melebihi paras optimum bagi tempoh tertentu, keadaan ini boleh memberi tekanan kepada operasi hospital dan menjejaskan keupayaan untuk menampung kemasukan pesakit baharu. Oleh itu, penilaian secara berterusan dilaksanakan bagi menentukan sama ada kapasiti sedia ada perlu diperkukuhkan melalui pengoptimuman penggunaan katil, peluasan fasiliti sedia ada, atau pertimbangan pembangunan blok baharu bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih mampan.

Dalam pada itu juga, ingin dikongsikan juga dari aspek penjagaan kesihatan asasi. Pusat kesihatan baharu dicadangkan apabila pusat kesihatan sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah penduduk semasa dari segi kapasiti pesakit, serta apabila terdapat keperluan untuk memperluas skop perkhidmatan. Sebagai contoh, Pusat Kesihatan Mengkubau dirancang bagi menampung lebihan pesakit daripada Pusat Kesihatan Muara, yang turut memberi kesan kepada Pusat Kesihatan Berakas. Manakala, pembinaan Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan dirancang adalah untuk menampung lebihan pesakit dari PK PAPHMWHB Gadong.

Di samping itu, perancangan pembinaan pusat kesihatan baharu juga perlu mengambil kira keperluan memperluas infrastruktur bagi menghadapi peningkatan populasi warga emas. Perkhidmatan kesihatan juga wajar diperluas dan didesentralisasikan daripada hospital ke peringkat penjagaan kesihatan asasi, bagi memastikan akses yang lebih mudah, cekap dan menyeluruh kepada masyarakat.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.