Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT050

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan peranan dan tatacara EGNC sebagai Pusat E-Kerajaan dalam memantau dan mengikut perkembangan serta memastikan perlaksanaan pengintegrasian projek-projek transformasi digital di agensi-agensi Kerajaan.

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Antara mekanisme dalam memantau, menyelaras dan memastikan pelaksanaan pengintegrasian projek-projek transformasi digital di agensi-agensi kerajaan adalah melalui Mesyuarat Chief Information Officer (CIO Forum). CIO Forum ini berperanan sebagai platform yang antaranya membincangkan mengenai penyelarasan pelaksanaan projek-projek transformasi digital dan penyediaan sistem yang menyatukan proses-proses rentas Kementerian/Jabatan bagi meningkatkan keberkesanan pemberian perkhidmatan berasaskan pendekatan 'single point of contact'. CIO Forum turut mengetengahkan kepentingan digital dan cybersecurity berhubung dengan projek-projek yang akan dilaksanakan.

Setakat 9 Mac 2026, sebanyak 334 projek transformasi digital yang dikemukakan oleh Kementerian-Kementerian dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi telah dibincangkan dan disokong mengikuti tatacara CIO Forum.

Sebagai langkah berterusan dalam pengukuhan urus tadbir ke atas projek-projek transformasi digital, beberapa mandat telah dikuatkuasakan melalui CIO Forum untuk digunapakai oleh semua agensi Kerajaan termasuk:

i. 'Project Management Framework' (PMF) – sebagai panduan di dalam pelaksanaan projek-projek ICT dan transformasi digital. Langkah ini antara lain bertujuan untuk memantapkan lagi urus tadbir pengurusan projek-projek, dan dalam memastikan pematuhan kepada rangka kerja tersebut termasuk penyediaan dan pengesahan bagi dokumen-dokumen yang diperlukan seperti 'Business Process Re-engineering' dan 'Executive Project Proposal'.

ii. Business Process Improvement (BPI) – Selain itu, PMF telah diperluaskan dengan penekanan khusus terhadap keperluan 'Business Process Improvement' (BPI) melalui penubuhan aliran kerja khusus bagi memastikan penilaian dan penambahbaikan proses kerja dilaksanakan secara sistematik sebagai sebahagian daripada pelaksanaan projek. Penekanan ini amat penting kerana BPI memberi tumpuan kepada penambahbaikan proses perniagaan, mengurangkan silo akibat sistem legasi, serta meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman pengguna.

Dengan itu, bengkel BPI telah dilaksanakan secara pilot dengan satu Kementerian pada November 2024 yang bertujuan dalam menambahbaikan business process yang sedia ada. Memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada hasil bengkel, terdapat perancangan bagi meneruskan pelaksanaan bengkel berkenaan kepada semua Kementerian yang disasarkan bagi 'Business User' dan 'Process Owner' perkhidmatan Kerajaan. Penyediaan bengkel ini dihasratkan bukan sahaja untuk menyokong pendigitalan perkhidmatan Kerajaan melalui penambahbaikan proses yang sedia ada, bahkan merupakan 'stepping-stone' bagi pendekatan proaktif dan strategik dalam pelaksanaan 'change management'.

Inisiatif ini telahpun dibahaskan di dalam Mesyuarat CIO Forum kali pertama pada bulan Februari 2025 dan Mesyuarat CIO Forum kali ketiga pada bulan Disember 2025, yang mana bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti serta menambah baik proses kerja yang sedia sebelum di digitalisasikan, agar penyampaian perkhidmatan lebih efisien, telus, dan mesra pengguna.

iii. Penggunaan Perkhidmatan Gunasama ('Government Shared Services') – mengekalkan dasar yang sedia ada iaitu untuk semua Kementerian dan agensi Kerajaan menggunakan perkhidmatan gunasama ('shared services') yang telah disediakan oleh pihak Pusat Kebangsaan E-Kerajaan. Dalam perkara ini, sukacita dikongsikan bahawa Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) melalui Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) berperanan sebagai penyelaras pusat serta pemudahcara utama dalam memastikan projek-projek transformasi digital di agensi-agensi kerajaan dilaksanakan secara bersepadu, selamat dan selaras dengan hala tuju nasional.

Selain berfungsi sebagai penyelaras, EGNC juga bertindak sebagai pelaksana dasar-dasar berkaitan transformasi digital, dengan memastikan setiap inisiatif yang digariskan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang konkrit dan memberi impak positif kepada penyampaian perkhidmatan awam.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.