Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT038
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI PEMBANGUNAN menyatakan langkah untuk mengawal dan memulihkan pencemaran mikrob dan organik berdasarkan kajian Onifade et al., 2025 yang melaporkan peningkatan bakteria koliform sehingga 1.6 × 10⁵ MPN/100mL di beberapa stesen Sungai Brunei selepas 2018, khususnya yang berhampiran kawasan berpenduduk padat, akibat limpahan kumbahan dan sistem pembetungan yang tidak mencukupi.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Sebahagian kawasan Perkampungan Ayer lama masih belum dilengkapi dengan sistem pembetungan berpusat yang menyeluruh. Kaedah pelupusan kumbahan di kawasan tersebut masih bergantung kepada sistem tradisional dan pelepasan terus ke sungai. Beberapa penempatan di Kampong Ayer telah dilengkapi dengan sistem pembetungan vakum, antaranya:
- Kampong Lurong Sikuna (dibina 2012, ±260 penduduk)
- Kampong Sungai Bunga (dibina 1998, ±723 penduduk)
- Kampong Bolkiah 'A' (dibina 1996, ±979 penduduk)
- Kampong Bolkiah 'B' (dibina 1996, ±1,159 penduduk)
Secara keseluruhannya, dianggarkan kira-kira 20.5% penduduk Kampong Ayer kini telah mendapat manfaat daripada sistem pembetungan vakum tersebut.
Langkah-langkah yang telah dan akan dilaksanakan adalah:
-
Pemasangan Floating Debris Boom Trap secara Strategik: Berfungsi sebagai benteng fizikal untuk memerangkap sampah sarap (plastik, tin, dan sisa domestik). Langkah ini secara tidak langsung mengurangkan beban pencemaran organik dengan menghalang pereputan sisa di dalam air yang boleh menjadi medium pembiakan bakteria koliform.
-
Kerja-kerja Pengorekan (Dredging): Dilaksanakan di sebahagian Sungai Brunei, sebahagian Sungai Damuan dan sebahagian Sungai Kedayan. Tujuannya adalah untuk mengembalikan isipadu asal sungai, sekaligus membolehkan proses pencairan (dilution) bahan pencemar berlaku secara optimum.
-
Menaiktaraf Infrastruktur Pembetungan: Projek menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan (STP) di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 khususnya di kawasan Gadong dan Pintu Malim, sedang dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan rawatan kumbahan di sekitar tadahan Sungai Brunei. Projek ini telah bermula pada 25 Februari 2025 dan dijangka siap pada 24 Ogos 2026, diikuti dengan Tempoh Tanggungan Kecacatan selama 12 bulan. Skop projek meliputi kerja-kerja pembinaan sivil dan struktur (C&S), penggantian dan pemasangan peralatan mekanikal dan elektrikal, penambahbaikan sistem rawatan air kumbahan, serta integrasi sistem pemantauan automatik. Projek ini bertujuan untuk memastikan efluen yang dilepaskan memenuhi piawaian kualiti, khususnya dalam mengurangkan kandungan bakteria koliform, serta meningkatkan kapasiti dan kecekapan loji bagi menampung pertambahan penduduk pada masa hadapan, khususnya di kawasan bandar.
Secara keseluruhannya, projek ini akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan air kumbahan tidak terawat ke Sungai Brunei, meningkatkan keberkesanan rawatan air sisa, serta mengurangkan beban pencemaran organik dan mikrobiologi. Ini seterusnya akan membantu menurunkan paras koliform secara berperingkat, sekaligus meningkatkan kualiti air sungai dan mengurangkan risiko terhadap kesihatan awam.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.