Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT030
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan adakah kementerian merancang untuk membuat kajian bagi mengenalpasti kesan perlaksanaan gaji minima bagi beberapa sektor perkhidmatan khusus terhadap cost of doing business dan kos sara hidup, supaya ianya tidak akan membebankan para pelanggan atau pengguna?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam melaksanakan gaji minima, Kerajaan telah mengambil kira secara menyeluruh implikasi terhadap kos operasi perniagaan, daya saing majikan, dan kos sara hidup pekerja sebelum sesuatu sektor perkhidmatan atau industri dipertimbangkan bagi pelaksanaan gaji minimum. Pemilihan industri dibuat secara teliti dengan mengadakan sesi-sesi muzakarah bersama pihak industri serta berasaskan penilaian terhadap struktur kos industri, tahap kesediaan pasaran serta keupayaan perniagaan untuk menyesuaikan diri tanpa menjejaskan kelangsungan operasi (business continuity).
Selanjutnya, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Perancangan Tenaga Manusia (PPTM) telah menjalankan kaji selidik ke atas syarikat-syarikat di bawah industri yang telah dikenakan Perintah Pekerjaan (Upah Minima), 2025 bagi menilai impak pelaksanaan perintah berkenaan terhadap operasi dan kos perniagaan masing-masing. Berdasarkan dapatan awal, pelaksanaan perintah ini didapati tidak memberi kesan meluas terhadap kos operasi syarikat yang mana hanya segelintir daripada responden, iaitu sebanyak 19 peratus yang perlu membuat penyelarasan gaji pada peringkat awal pelaksanaan perintah, bagi mematuhi kadar gaji minimum yang ditetapkan. Dari jumlah syarikat yang memerlukan penyelarasan, majoriti dapat melaksanakannya melalui penyesuaian dalaman seperti mengoptimumkan operasi dan pengurusan tenaga kerja, tanpa membuat perubahan besar terhadap modal perniagaan mereka.
Maklum balas yang diterima juga menunjukkan bahawa pelaksanaan gaji minima telah disambut baik oleh kebanyakan pihak industri, dengan tahap penerimaan yang positif dan tanpa cabaran ketara. Kajian berkenaan merupakan langkah awal dalam meneliti kesan pelaksanaan gaji minimum.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.