Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT043
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan perancangan dan mekanisme bagi mengkaji semula dan mengemaskini undang-undang komersial secara berkala, dan jika terdapat pasukan penyelarasan yang bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Bagi undang-undang komersial, prinsip pelaksanaannya adalah sebagaimana melalui kajian semula dan pengemaskinian yang lazimnya dilaksanakan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab ke atas undang-undang komersial berkenaan. Ini disebabkan Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab ke atasnya mempunyai kepakaran dan arif tentang keperluan pentadbiran dan keadaan sebenar sektor tersebut. Cadangan kajian semula yang dikenal pasti kemudiannya akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tujuan nasihat perundangan dan penilaian keperluan pindaan yang bersesuaian.
Dari segi mekanisme pelaksanaan kajian, proses ini lazimnya melibatkan perbincangan dan konsultasi bersama agensi Kerajaan yang berkaitan. Pada masa yang sama, pandangan dan maklum balas wakil industri serta pihak-pihak berkepentingan juga akan diambil kira bagi memastikan penelitian dibuat secara menyeluruh dan berpandukan keadaan sebenar.
Jika perlu, Kerajaan juga boleh menubuhkan pasukan kerja atau jawatankuasa khas antara agensi sebagai pasukan penyelarasan untuk menyelaras kajian, memperkemas hala tuju dasar, serta menilai implikasi pelaksanaan sebelum cadangan tersebut dirujukkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan penggubalan atau pindaan undang-undang.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.