Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT035

SOALAN

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan anggaran jumlah penjawat awam yang dijangka perlu memiliki kemahiran dan kompetensi dalam penggunaan dalam kaedah Artificial Intelligence (AI) menjelang tahun 2035? Berapakah anggaran peruntukan kewangan bagi melaksanakan program-program latihan dalam AI tersebut?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Pada masa ini, anggaran jumlah penjawat awam yang dijangka perlu memiliki kemahiran dan kompetensi dalam penggunaan dalam kaedah Artificial Intelligence dan peruntukan berkaitannya menjelang 2035, belumlah dapat ditetapkan. Walau bagaimanapun, sesuai dengan era perubahan teknologi yang pesat serta ekspektasi orang ramai yang semakin tinggi, perkhidmatan awam perlu membuat keputusan yang lebih pantas, tepat dan berasaskan bukti.

Justeru, pembangunan literasi dan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam sektor awam merupakan satu keutamaan strategik bagi memperkukuh ketangkasan penggubalan dasar, meningkatkan kualiti tadbir urus, serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan beretika. Institut Perkhidmatan Awam (IPA) memainkan peranan strategik dalam membangunkan kemahiran dan kompetensi penjawat awam melalui tiga kategori program AI iaitu Basic AI, Augmented AI, dan Core/Specialised/Technical AI, antaranya 'AI, Big Data and the Cloud for Public Good'; 'AI, Data and Blockchain', 'Artificial Intelligence and Machine Learning Fundamentals' dan 'Data Analytics Using Machine Learning for Public Sector'.

IPA telah mula memperkenalkan program AI seawal tahun kewangan 2022/2023 bertajuk 'Digital Transformation: From AI and IOT to Cloud, Blockchain and Cybersecurity' dan 'Robotics, Artificial Intelligence and Workplace of the Future'. Seterusnya pada tahun kewangan 2023/2024, inisiatif berskala besar melalui sesi pembentangan bertajuk 'AI in the public Sector' semasa Hari Pelanggan IPA turut diadakan bertujuan untuk mengenalkan AI kepada penjawat awam supaya bersedia menghadapi perubahan teknologi, dan membina pemahaman tentang konsep AI. Modul 'AI in the Public Sector' juga diperkenalkan dalam program kepimpinan EDPMMO sejak 2024 dan EDPSGO tahun 2025. Pada tahun 2024, seramai 28 pegawai kanan mengikuti program Brunei Executive Leaders Programme di bawah memorandum persefahaman Government Experience Exchange Programme Bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), di mana peserta didedahkan kepada beberapa modul yang memfokuskan kepada Aplikasi AI di sektor kerajaan seperti 'Digital Trends in the Government' dan 'Innovation in Government'.

Sepanjang tahun kewangan 2024/2025 dan 2025/2026, IPA telah menawarkan 13 program dan modul, termasuk program Basic AI seperti kesedaran AI dan etika AI sebanyak 54%; Augmented AI atau program yang menyokong produktiviti kerja harian melalui AI Berasaskan Sokongan Manusia sebanyak 23%; serta program Core AI untuk analisis data dan pembangunan dasar strategik sebanyak 23%. Ini termasuk juga persidangan sempena Hari Perkhidmatan Awam ke 32 bertajuk "Digital Transformation and Innovation based on Artificial Intelligence (AI) in the Public Service" dan seminar "Artificial Intelligence in the Public Sector: Learning From Best Practices" yang membariskan pembentang daripada Brunei, Singapura dan Estonia.

Program-program ini adalah untuk mendukung inisiatif Majlis Digital Brunei (Digital Brunei Council) untuk menjadikan Brunei sebagai Smart Nation dan akan diteruskan dan dipertingkatkan bagi memastikan penjawat awam terus memperkukuh kemahiran dan kompetensi dalam AI secara sistematik. Seiring itu, bagi tahun kewangan 2026/2027, program-program AI akan disediakan merangkumi 14% Basic AI dengan potensi pertambahan, 57% Augmented AI Berasaskan Sokongan Manusia untuk menyokong tugas-tugas rutin harian, dan 29% Core AI yang menumpukan kepada analisis data bagi menyokong fungsi strategik.

Setakat ini, penyertaan penjawat awam dalam program-program AI yang ditawarkan di IPA bagi tahun kewangan 2024/2025 dan 2025/2026, terus menunjukkan peningkatan dengan tumpuan kepada pemberigaan AI melalui seminar, persidangan, dan ceramah. Langkah seterusnya, IPA akan memfokuskan kepada kategori program AI Core atau specialised.

Kos latihan berkaitan AI yang sedang dilaksanakan dan ditawarkan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA) juga meningkat daripada BND18,714 pada tahun 2024/2025 kepada BND48,928 pada tahun 2025/2026, dan seterusnya meningkat kepada BND73,000 pada tahun 2026/2027.

Langkah ke hadapan, Institut Perkhidmatan Awam (IPA) akan bekerjasama dengan pihak Digital Brunei Council bagi mengenal pasti program-program yang bersesuaian untuk ditawarkan, di samping menentukan kumpulan sasaran penjawat awam yang berpotensi untuk mengikuti program berkenaan, selaras dengan kompetensi yang difikirkan diperlukan. Pelaksanaan program-program ini juga tertakluk kepada penyelarasan bersama pihak DEC, khususnya dalam mengenal pasti sasaran peserta yang bersesuaian serta memastikan ianya adalah selaras dengan keutamaan pembangunan kapasiti Perkhidmatan Awam. Pada masa ini, IPA berupaya untuk melaksanakan program berkaitan AI sebanyak 3% tahun kewangan 2024/2025, kepada 5% tahun kewangan 2025/2026, dan terus meningkat lagi kepada 8% tahun kewangan 2026/2027.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.