Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT026
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA INDERA PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI SUYOI BIN HAJI OSMAN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan dasar kementerian tentang penggunaan factory-fitted sunscreen di kenderaan persendirian khususnya di jendela penumpang belakang (passenger's backseats) yang tidak mengganggu penglihatan pemandu tetapi lebih kepada melindungi penumpang di belakang dari cahaya matahari?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Dasar tentang penggunaan 'factory-fitted sunscreen' di kenderaan persendirian khusus penumpang yang duduk di belakang, adalah jelas, bahawa pemasangan 'factory-fitted sunscreen', tabir, shades, pelekat atau apa-apa yang seumpamanya pada cermin kenderaan semasa kenderaan dipandu di jalan raya adalah tidak dibenarkan selaras dengan Akta Lalulintas Jalan Raya, Penggal 68 (S 190/81 (4)).
Sepertimana juga sedia maklum, pada tahun 2024 Jabatan Pengangkutan Darat telah mengemaskini spesifikasi cermin gelap untuk kenderaan, iaitu untuk Cermin Depan (Windscreen) 70% VLT, Cermin Sisi Depan 50% VLT, Cermin Sisi Belakang dan Cermin Belakang 25% VLT. Apa yang dimaksudkan dengan Visible Light Transmission (VLT) adalah sukatan kadar peratus cahaya yang dapat menembusi cermin kenderaan dengan menggunakan peralatan tertentu.
'Factory-fitted sunscreen' kilang (seperti bidai tingkap sisi belakang bersepadu atau pelindung cermin hadapan boleh tarik) mempunyai tujuan utama untuk melindungi bahagian dalaman daripada haba dan kerosakan UV. Ia berfungsi sebagai pelindung bagi kenderaan yang tidak bergerak untuk mengurangkan suhu di dalam kabin serta mengurangkan kerosakan apabila kenderaan diletakkan bagi tempoh yang lama. Pada masa yang sama, kadar Visible Light Transmission bagi sunscreens tersebut tidak dinyatakan mahupun tidak dapat disukat menggunakan peralatan VLT meter biasa.
Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Pengangkutan Darat akan memantau perkembangan terhadap perkara dan menyesuaikan dasar dan peraturan berhubung dengan sunscreen ini, jika diperlukan nanti.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.