Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT023

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan apakah penilaian kementerian berkenaan kelewatan pembayaran kerajaan dan kesannya terhadap aliran tunai perusahaan tempatan? Bagaimanakah perkara ini boleh diperbaiki bagi mengelakkan tekanan kewangan yang menjejaskan kelangsungan perniagaan kecil dan sederhana?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedia maklum mengenai adanya kelewatan dalam proses pembayaran kepada sebahagian perusahaan tempatan, khususnya juga perniagaan kecil dan sederhana yang mana telah mengakibatkan tekanan ke atas aliran tunai mereka.

Pada lazimnya, tuntutan yang dihadapkan oleh syarikat-syarikat perlu memenuhi kehendak-kehendak Peraturan Kewangan yang mana jika permohonan tersebut adalah dibuat secara lengkap serta mempunyai peruntukan yang mencukupi, insya Allah ianya akan dapat diproses mengikut TPOR yang telahpun ditetapkan (30 hari).

Berdasarkan penelitian Kementerian ini, antara lain penyebab utama yang menyumbang kepada kelambatan dalam proses pembayaran adalah kerana dokumen yang dihadapkan adalah tidak lengkap atau tidak teratur, seperti invois tidak dibubuh pengesahan chop seperti yang dikehendaki oleh Peraturan Kewangan. Dalam hubungan ini, Insha-Allah, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Perbendaharaan akan memperkenalkan satu inisiatif pada 1 April 2026 iaitu mendigitalisasikan pengesahan chop melalui 'enhancement' kepada sistem TAFIS 2.0. Inisiatif ini dihasrat akan mempercepatkan lagi proses pembayaran kepada perniagaan kecil dan sederhana.

Kedua, tidak ada pesanan kerja (Purchase Order - PO) dikeluarkan bagi pembelian barang atau perkhidmatan yang telah dilaksanakan. Perlu ditekankan bahawa setiap Pegawai Pengawal (pada lazimnya adalah Setiausaha Tetap ataupun Ketua Jabatan) adalah bertanggungjawab untuk mengawal dan memastikan pembelian dan pembayaran yang dibuat adalah berdasarkan anggaran peruntukan yang telah diluluskan dan memenuhi Peraturan Kewangan yang berkuatkuasa pada masa ini. Sebarang pembelian dan pembayaran yang tidak mematuhi Peraturan Kewangan, mana-mana Pegawai yang bertanggungjawab serta Pegawai Pengawal boleh dikenakan tindakan surcaj.

Adalah diperingatkan bagi semua, selaras dengan Peraturan Kewangan iaitu bagi setiap pembelian atau pesanan kerja yang hendak dilaksanakan, Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memastikan peruntukan yang mencukupi sebelum membuat sebarang komitmen perbelanjaan. Jika terjadi di mana perbelanjaan dibuat tanpa adanya peruntukan yang mencukupi, pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan surcaj.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Perbendaharaan sentiasa komited untuk memperkukuhkan sistem TAFIS 2.0 dalam memastikan pembayaran kepada pembekal dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan teratur. Berikutan penelitian Jabatan Perbendaharaan, beberapa inisiatif telahpun diambil bagi memperbaiki isu tersebut seperti:

Pertama, menetapkan dasar Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) yang menekankan tempoh pembayaran dalam 30 hari kepada pembekal sebagai komitmen untuk memastikan kelancaran aliran tunai dan keadilan dalam proses pembayaran Kerajaan. Mekanisme ini dipantau secara berterusan bagi memastikan pematuhan oleh semua Kementerian dan Jabatan.

Kedua, mengemaskini laman sesawang TAFIS 2.0 secara berkala atau mengikut keperluan agar Kementerian dan Jabatan sentiasa memperoleh maklumat terkini mengenai TAFIS 2.0 seperti Frequently Asked Question (FAQ), senarai semak (checklist) bagi proses pembayaran dan quick guide mengenai tatacara menyemak status Purchase Order (PO) dan pembayaran.

Ketiga, memberi kemudahan kepada Pembekal untuk menyemak status pembayaran melalui Government Vendor Portal (GVP). Melalui penambahbaikan yang meningkatkan ketelusan (transparency) ini, pembekal dapat mengetahui jika pembayaran tersebut masih di bawah penelitian pihak Jabatan, telah dikuiri oleh Jabatan ataupun masih menunggu kelulusan terakhir (final approval) oleh Jabatan Perbendaharaan.

Pendekatan ini juga dapat mengurangkan keperluan pembekal untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PPP), sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.