Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT016
SOALAN
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah kerajaan menilai tahap kefahaman dan keyakinan rakyat terhadap dasar atau inisiatif yang diperkenalkan? Apakah pendekatan yang diambil bagi memastikan komunikasi dasar tidak menyumbang kepada keletihan dasar atau ketidakpedulian awam?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam usaha untuk mengwujudkan masyarakat yang bermaklumat, Jabatan Perdana Menteri menerusi Jabatan Penerangan telah mengendalikan beberapa inisiatif seperti berikut:
-
Pertama, menerusi penerbitan Pelita Brunei yang mana kini boleh akses melalui e-pelita. Pelita Brunei ini secara dasarnya adalah untuk memaklumkan masyarakat mengenai berita-berita terkini yang memfokuskan kepada berita tempatan termasuk dasar dan inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan.
-
Dalam usaha meningkatkan lagi keberkesanan Pelita Brunei dalam membarigakan maklumat termasuk dari aspek reka bentuk untuk meningkatkan jumlah pembaca, Jabatan Penerangan telah melaksanakan satu kaji selidik pada tahun 2025. Hasil daripada kaji selidik tersebut mendapati bahawa para pembaca lebih gemar membaca dan mudah memahami terbitan-terbitan menggunakan gambar seperti infografik termasuklah pembuatan video-video pendek.
-
Seterusnya, Jabatan Penerangan juga terus mengendalikan Program Sua Muka bersama penduduk-penduduk kampung. Program ini berfungsi sebagai platform perhubungan dua hala antara Kerajaan dengan masyarakat setempat bagi memberigakan dasar dan mesej-mesej utama Kerajaan di samping mendengarkan isu semasa serta permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung.
-
Dalam masa yang sama, Program Masyarakat Bermaklumat akan terus dilaksanakan yang melibatkan peringkat akar umbi bagi mendengarkan isu-isu, pendapat serta cadangan daripada penduduk mukim & kampung seluruh negara.
-
Sebagai kesinambungan usaha-usaha pembarigaan di atas, Jabatan Penerangan juga mengendalikan program-program yang menyasarkan golongan belia, dan juga penuntut-penuntut sekolah melalui Program Perkampungan Sivik bagi Lepasan Ijazah dan Program Rakan Remaja Penerangan bagi para penuntut tahun 9 dan 10 di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di seluruh negara.
-
Untuk rumusannya, di sepanjang tahun 2025, sebanyak lebih daripada 70 program telah dilaksanakan untuk pelbagai peringkat masyarakat yang merangkumi para belia, dewasa dan warga emas. Program-program berkenaan telah melibatkan pelbagai agensi kerajaan untuk mengongsikan dasar-dasar kerajaan yang sedia ada mahupun yang baharu sahaja diperkenalkan.
-
Berhubungan dengan perkara berkaitan bagi memastikan komunikasi dasar tidak menyumbang kepada keletihan dasar atau ketidakpedulian awam, Jabatan Perdana Menteri khasnya menerusi Jabatan Penerangan dan Jabatan Radio Televisyen Brunei serta media swasta akan terus bekerjasama rapat dengan agensi-agensi Kerajaan dalam menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan dengan dasar dan inisiatif-inisiatif masing-masing kepada orang ramai dalam bentuk yang mudah difahami, cepat dan tepat.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.