Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT024
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan usaha kementerian dalam penyelenggaraan dan penaiktarafan pos kawalan sempadan termasuk pemantauan kerja penyelenggaraan, pengurusan dan pelupusan bangunan lama? Apakah petunjuk prestasi yang digunakan bagi memastikan hasilnya selaras dengan fungsi keselamatan dan imej negara?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Usaha penyelenggaraan dan penaiktarafan pos-pos kawalan di seluruh negara telah dan sedang dilaksanakan secara berterusan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) bagi memastikan kemudahan di pintu-pintu masuk negara sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat serta mencerminkan imej negara yang teratur dan kondusif. Ini termasuklah melalui term-contract seperti pembersihan, pemotongan rumput, pembaikan kepada struktur bangunan. Projek-projek pembaikan secara one-off adalah termasuk pembaikan jalan-jalan di kawasan pos kawalan, penaiktarafan kemudahan tandas serta pembaikan kaunter-kaunter pemeriksaan bagi meningkatkan keselesaan dan kelancaran operasi di pintu masuk negara.
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan juga telah diperuntukkan di bawah Projek Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 (RKN 12) bagi melaksanakan Projek Penaiktarafan Pos-Pos Kawalan Imigresen yang melibatkan empat pos kawalan utama iaitu Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujuh, Pos Kawalan Imigresen Sementara Labu, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah dan Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan dimana perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya untuk menyediakan pelan dan lukisan (drawings) telah pun selesai dibuat dan projek-projek berkenaan adalah dijangka siap pada tahun 2028 hingga 2029.
Untuk makluman, dalam mereka bentuk projek penaiktarafan ini, pihak JIPK turut mengambil kira keperluan serta maklum balas daripada agensi-agensi berkepentingan yang beroperasi di pos-pos kawalan melalui sesi perbincangan dan mesyuarat penyelarasan. Ini termasuk agensi penguatkuasaan seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Biro Kawalan Narkotik serta Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, bagi memastikan aspek keselamatan negara di pintu-pintu masuk sempadan sentiasa terjamin.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.