Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT041

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan sejauh manakah kementerian mengkaji semula struktur subsidi dan harga beli balik termasuk pengurangan kebergantungan kepada beras import dan cara menggalakkan peningkatan pengeluaran padi tempatan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Kementerian melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan akan sentiasa meneliti dan mengkaji semula struktur sokongan yang diberikan kepada industri penanaman padi, termasuk skim subsidi serta Skim Bantuan Harga Padi, bagi memastikan dasar yang dilaksanakan terus menyokong pembangunan industri padi tempatan secara mampan.

Pendekatan yang diambil adalah untuk memastikan sokongan Kerajaan dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan peladang padi serta mengurangkan kebergantungan kepada subsidi dalam jangka panjang.

Sehubungan itu, beberapa usaha sedang dilaksanakan untuk memperkukuhkan industri padi tempatan. Antaranya termasuk penggunaan varieti padi yang berpotensi menghasilkan hasil yang lebih tinggi, pengurusan ladang yang lebih cekap serta pengukuhan aspek penyelidikan dan inovasi bagi meningkatkan produktiviti tanaman padi.

Selain itu, pendekatan kerjasama dalam kalangan peladang turut digalakkan bagi membolehkan penggunaan jentera pertanian dan kemudahan ladang secara lebih berkesan, sekali gus mencapai economies of scale yang lebih baik dan mengurangkan kos pengeluaran.

Langkah-langkah ini bertujuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi tempatan dan seterusnya menyumbang kepada usaha mengurangkan kebergantungan kepada beras import.

Walau bagaimanapun, mengambil kira keluasan tanah yang sesuai untuk penanaman padi di negara ini adalah terhad, pendekatan sekuriti makanan negara juga mengambil kira keperluan untuk memastikan kepelbagaian sumber bekalan beras melalui import yang stabil dan terjamin, di samping terus memperkukuhkan pengeluaran tempatan. Oleh yang demikian, dalam memperbagaikan sumber pembekalan beras, pihak Kementerian bersama agensi-agensi lain yang berkenaan pada masa ini sedang menerokai potensi bertanam padi di luar negara.

Melalui pendekatan ini, Kementerian berhasrat untuk memastikan industri padi tempatan terus berkembang secara mampan serta menyumbang kepada sekuriti makanan negara dalam jangka panjang. Kementerian juga telah mensasarkan penghasilan beras bagi kadar sara diri lima (5) tahun yang akan datang meningkat daripada 2,594 tan metrik pada tahun 2025 kepada 4,030 tan metrik menjelang tahun 2030, seperti jadual berikut:

Tahun2025
(sebenar)
20262027202820292030
Sasaran hasil beras (MT)2,5943,0043,3153,5753,9004,030
Sasaran % sara diri8.5%9%9%10%11%12%
Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.