Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT008
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan penilaian Kementerian berkenaan keberkesanan pengangkutan awam dari aspek mobiliti ekonomi rakyat, peralihan penggunaan daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam, serta kesan terhadap kualiti hidup? Apakah ukuran atau penunjuk yang digunakan dan perancangan bagi penambahbaikan dasar dan pelaksanaan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Sukacita mengongsikan bahawa projek-projek Sistem Pengangkutan Darat, termasuk juga projek berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam adalah antara fokus utama yang sedang diusahakan oleh Kementerian ini bersama Jabatan Pengangkutan Darat.
Projek ini bertujuan untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berdaya maju, mampan, selamat dan selesa untuk semua pengguna melalui Rancangan Kemajuan Negara ke-12. Perancangan dan pelaksanaannya adalah memberi tumpuan kepada:
(i) meningkatkan ketersambungan dan kebolehpercayaan rangkaian laluan perkhidmatan bas memenuhi keperluan orang ramai dan pada masa yang sama boleh meningkatkan penggunaan dan jumlah penumpang melalui penyediaan perkhidmatan yang boleh dipercayai, mengikut jadual, berkualiti dan mudah diakses;
(ii) penambahbaikan dan peningkatan liputan teksi dan perkhidmatan berkongsi tumpangan atas permintaan (e-hailing) sebagai usaha dan strategi menyokong kebolehcapaian perkhidmatan pengangkutan awam terutama di luar bandar; dan
(iii) memanfaatkan penggunaan teknologi untuk memantau pergerakan kenderaan dan kemudahan penumpang melalui pemakaian sistem pengurusan pengangkutan pintar (Smart Transport System - STS).
Selain daripada laporan status pelaksanaan projek, ukuran dan petunjuk utama bagi menilai keberkesanan dasar dan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan adalah Jumlah Penumpang (Ridership) dan Liputan Perkhidmatan (Network Coverage). Secara tidak langsung, sukatan ini juga boleh menggambarkan kebolehpercayaan dan kebolehcapaian perkhidmatan yang disediakan. Dalam pada itu, pelbagai KPI operasi juga akan digunakan bagi memantau prestasi operasi seperti Prestasi Ketepatan Masa (OTP), Kadar Penyiapan Perkhidmatan, Kualiti Perkhidmatan dan lain-lain.
Pelaksanaan projek-projek yang dikongsikan diharapkan akan dapat meningkatkan 'efficiency' rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam, sekaligus akan dapat menggalakkan lagi pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam di negara ini. Dalam usaha mendukung dan mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035, khususnya dalam memastikan kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi serta mempertingkatkan mobiliti dan produktiviti dalam melaksanakan aktiviti perekonomian dan produktiviti, pelaksanaan projek-projek ini adalah penting bagi meningkatkan keberkesanan sistem pengangkutan awam negara.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.