Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT036
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berkenaan isu mismatch di mana graduan lepasan institusi tempatan tidak selaras dengan kerjaya yang diceburi. Adakah ini berpunca dari kekurangan dalam Training Needs Analysis atau perkara lain?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Isu ketidaksepadanan (mismatch) antara graduan dan kerjaya merupakan cabaran kompleks yang ditangani oleh kementerian melalui pendekatan pelbagai sudut, melangkaui sekadar analisis keperluan latihan (Training Needs Analysis - TNA). Kementerian Pendidikan menggunakan data daripada Ukuran Kejayaan Utama (Key Success Measure - KSM) 5 dan 6 sebagai indikator utama untuk memantau keberkesanan graduan di pasaran kerja.
Berdasarkan data Kadar Kepuasan Majikan (KSM 6) terhadap graduan tempatan kekal tinggi, iaitu sebanyak 80.2% pada tahun 2023 dan 77.8% pada tahun 2024. Angka ini menunjukkan bahawa secara umum, graduan memiliki kompetensi dasar yang diperlukan oleh industri. Walau bagaimanapun, isu mismatch tetap wujud dan kementerian melaksanakan Kajian Kebolehkerjaan Graduan (Graduate Employment Study - GES) secara tahunan untuk meneliti kesesuaian bidang pengajian dengan pekerjaan sebenar selepas 6 dan 12 bulan tamat pengajian. Sebagai contoh, UNISSA melalui pejabat OCeAN menggunakan data GES untuk fakulti menilai semula dan menjajarkan semula kurikulum mengikut dinamika pasaran kerja.
Pihak kementerian mengenal pasti bahawa mismatch seringkali bukan disebabkan oleh kegagalan kurikulum semata-mata, tetapi kekurangan pendedahan praktikal yang mendalam semasa pengajian. Oleh itu, program perantisan sasaran diperkukuh, seperti Program Headstart di UBD yang membolehkan pelajar sains digital memperoleh 16 kredit modular melalui latihan industri di syarikat teknologi seperti Dynamik Technologies. Di UTB, projek Capstone dan Latihan Industri Mandatori memastikan setiap graduan mendapat pengalaman langsung dalam menangani cabaran sebenar industri.
Selain itu, kementerian melalui matlamat pembangunan sumber manusia (Matlamat 3) sentiasa menjalankan Analisis Keperluan Latihan (TNA) untuk tenaga pengajar dan kakitangan bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran terkini untuk disampaikan kepada pelajar. Bagi graduan, inisiatif upskilling dan reskilling melalui pusat pembelajaran sepanjang hayat (seperti C3L di UBD dan Tri-CEd di UTB) disediakan untuk merapatkan jurang kemahiran bagi mereka yang ingin beralih ke bidang pekerjaan baharu. Penggunaan projek Cohort Tracking 2024 juga membantu mengenal pasti lepasan sekolah yang berada dalam kategori NEET (21% pada tahun 2023) untuk diberikan bimbingan kerjaya awal agar pilihan bidang pengajian mereka lebih tepat dan mengurangkan risiko mismatch pada masa hadapan. Strategi komprehensif ini memastikan sistem pendidikan negara lebih responsif terhadap perubahan landskap ekonomi selaras dengan Manpower Blueprint.
Terkini, Kementerian Pendidikan mula melaksanakan Feature Analysis Model pada tahun ini secara sistematik di seluruh IPT awam. Melalui strategi ini, pihak IPT dan kementerian berkeupayaan untuk memastikan setiap program yang dilaksanakan sama ada mencapai kecemerlangan, memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa, atau perlu disusun atur dengan lebih sistematik agar ia bertepatan dengan kehendak sektor pekerjaan dan hala tuju pembangunan nasional.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.