Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT032
SOALAN
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
YANG BERHORMAT PENGIRAN HAJI ISA BIN PENGIRAN HAJI ALIUDDIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan berkenaan pengiktirafan sijil politeknik atau institusi pengajian tempatan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terutamanya berhubung dengan permohonan jawatan di jabatan kerajaan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam proses pengambilan di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, setiap permohonan akan diperakukan melalui semakan menyeluruh bagi memastikan pemohon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan jawatan serta selaras dengan skim perkhidmatan yang dipohonkan. Penilaian dibuat dengan mengambil kira kelulusan akademik yang diiktiraf Kerajaan, pengalaman kerja dan keperluan khusus jawatan berkenaan.
Bagi pemohon yang memiliki kelulusan politeknik atau institusi pengajian tempatan kerajaan, ianya tidak memerlukan surat pengiktirafan. Keperluan tersebut hanya diwajibkan bagi pemohon yang memperolehi kelulusan daripada institusi swasta tempatan dan institusi luar negara. Semakan pengiktirafan ini penting bagi memastikan kelayakan pemohon bersesuaian dengan skim perkhidmatan jawatan yang dipohonkan, di samping menentukan penetapan kadar gaji yang selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa.
Bagi menentukan pengiktirafan dan tahap kelulusan tersebut, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menggunakan penilaian daripada Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK), Kementerian Pendidikan, iaitu badan akreditasi tunggal (sole accrediting body) yang bertanggungjawab terhadap penilaian dan pengiktirafan kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.