Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT014

SOALAN

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan kerjasama bersepadu antara agensi-agensi untuk mengenal pasti kawasan tertentu di Kampung Ayer untuk dipelihara sebagai kawasan warisan budaya bagi pemeliharaan dan penghayatan pengalaman kehidupan tradisional?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Dalam konteks pembangunan pelancongan, Kampung Ayer turut terus dipromosikan sebagai salah satu tarikan utama negara. Pendekatan yang diambil adalah untuk memastikan bahawa pembangunan pelancongan yang dilaksanakan menyokong pemeliharaan warisan budaya dan kehidupan tradisional masyarakat setempat.

Di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-12, usaha sedang dilaksanakan untuk menaik taraf kemudahan di Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampung Ayer agar ia menjadi pusat interpretasi yang lebih interaktif dalam memperkenalkan sejarah, warisan serta cara hidup masyarakat Kampung Ayer kepada para pengunjung.

Di samping itu, pelbagai pakej pengalaman pelancongan turut diperkenalkan oleh penyedia perkhidmatan pelancongan bagi membolehkan pelawat memahami dengan lebih dekat kehidupan komuniti Kampung Ayer, termasuk aktiviti menyelusuri Sungai Brunei, lawatan ke perkampungan tradisional serta interaksi bersama komuniti setempat.

Dalam hal ini, beberapa agensi Kerajaan memainkan peranan masing-masing melalui pendekatan whole-of-government, termasuk Kementerian Pembangunan melalui jabatan-jabatan yang berkaitan, Jabatan Muzium-Muzium di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, serta Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan. Kerjasama ini bertujuan untuk menilai dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang mempunyai nilai sejarah, budaya dan identiti komuniti yang signifikan di Kampung Ayer bagi dipertimbangkan sebagai kawasan yang wajar dipelihara dan diperkasakan sebagai warisan budaya negara.

Usaha juga memberi tumpuan untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan asas dalam melaksanakan kerja-kerja seperti pembinaan jambatan pejalan kaki (titian) yang menghubungkan Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer dengan Perumahan Lorong Sikuna dan jeti-jeti di Sungai Brunei serta pemasangan papan-papan maklumat di destinasi pelancongan. Inisiatif ini adalah komitmen berterusan Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama Kementerian dan agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Pembangunan; dan Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) dalam menyediakan infrastruktur yang selamat, di samping menyokong pengalaman lawatan yang lebih positif di kawasan berkenaan.

Usaha-usaha ini juga mengambil kira kepentingan mengekalkan keaslian kehidupan masyarakat Kampung Ayer, termasuk gaya hidup, kegiatan ekonomi kecil-kecilan serta amalan sosial dan budaya yang menjadi identiti unik perkampungan air tersebut.

Melalui pendekatan bersepadu ini, Kementerian berharap Kampung Ayer akan terus dipelihara sebagai ikon warisan budaya negara, di samping menjadi destinasi pelancongan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat serta menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan negara secara mampan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.