Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT039

SOALAN

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan usaha Kementerian dalam memperkukuhkan penguatkuasaan sistem pensijilan halal terutamanya penyalahgunaan sijil halal yang boleh menjejaskan imej kesucian agama dan keyakinan masyarakat?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Penyalahgunaan sijil halal/permit bukan sahaja merupakan satu kesalahan undang-undang, malah satu pengkhianatan terhadap amanah dan kesucian ugama Islam. Oleh itu, pendekatan penguatkuasaan yang tegas, telus dan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan integriti sistem pensijilan halal sentiasa terpelihara dan keyakinan masyarakat terus terjamin.

Kementerian melaksanakan langkah-langkah berikut:

1. Pemantauan dan Pemeriksaan Berjadual dan Mengejut

Pemeriksaan berjadual dan pemeriksaan mengejut (spot check) dilaksanakan ke atas pemegang sijil halal / permit bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap syarat dan standard yang ditetapkan.

Statistik:

Jumlah premis yang telah dipantau sepanjang tahun 2025 adalah sebanyak 1,198 premis, iaitu kira-kira 88.5% daripada keseluruhan 1,354 premis yang mempunyai Sijil Halal atau Permit Halal.

Manakala, jumlah kes kesalahan serius bagi tahun 2025 dan 2026 (setakat Mac):

  • 2025 – 3 kes (masih dalam proses siasatan)
  • 2026 (Mac) – 3 kes (masih dalam proses siasatan)

2. Penguatkuasaan Tegas di Bawah Peruntukan Undang-Undang

Tindakan akan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa, di bawah:

  • Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005.
  • Akta Daging Halal Penggal 183.

Ini termasuk kesalahan seperti penggunaan logo halal tanpa kebenaran, pemalsuan sijil halal, atau penggunaan sijil yang telah tamat tempoh atau yang telah dibatalkan.

3. Pendigitalan dan Pengesahan Sijil Halal / Permit

Mempertingkatkan sistem pengesahan Sijil Halal atau Permit Halal secara digital bagi membolehkan semakan status sijil dilakukan secara lebih telus dan cepat.

Selain itu, penyediaan peranti mudah alih seperti tablet kepada pegawai pemeriksa dan penguatkuasa membolehkan semakan status halal serta bahan ramuan yang digunakan oleh premis dilakukan secara terus semasa sesi Audit Lapangan dan Audit Pemantauan.

4. Pengukuhan Tatacara Audit dan Penilaian Risiko.

Menggunapakai pendekatan berasaskan risiko (risk-based approach) dalam Audit Pemantauan, termasuk penilaian terhadap rantaian bekalan (supply chain), titik kawalan kritikal halal (Halal Critical Control Point – HCCP), serta sistem rekod dan jejak balikan (traceability).

5. Kerjasama berterusan dengan Agensi yang berkepentingan.

Memperkukuhkan kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan lain bagi membendung penyalahgunaan sijil halal / permit termasuk kegiatan pemalsuan, penipuan dan pengedaran produk tidak sah.

6. Pendidikan dan Kesedaran Industri (Program Pengukuhan Penyeliaan Halal (PPPH) dan Bengkel Pematuhan Halal (BPH))

Meningkatkan program kesedaran, latihan dan bimbingan kepada pengusaha mengenai tanggungjawab pemegang sijil halal / permit serta implikasi undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.