Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT047

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah memupuk dan menyemai program STEAM dalam usaha membangunkan minda pelajar yang lebih kritikal dan analytical bermula dari pendidikan peringkat rendah yang dihasratkan mengubah mindset konvensional mencari pekerjaan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Bagi mengukuhkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar, Kementerian Pendidikan terus melaksanakan pelbagai inisiatif strategik yang memberi penekanan kepada pembangunan pemikiran kritikal dan analitikal, kemahiran berfikir aras tinggi, kreativiti serta keupayaan menyelesaikan masalah sebagai persediaan pelajar menghadapi cabaran masa hadapan.

Antara usaha yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Pendedahan awal kurikulum STEAM melalui pengenalan dan penawaran mata pelajaran berkaitan seperti Sains, Matematik dan ICT seawal peringkat sekolah rendah, bagi meningkatkan minat, penguasaan serta keyakinan pelajar dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

  • Pengaplikasian pedagogi aktif dan berpusatkan pelajar, termasuk pendekatan pembelajaran berasaskan situasi dunia sebenar (real-world learning), bagi membolehkan pelajar menghubungkan teori dengan aplikasi praktikal serta membina kemahiran penyelesaian masalah secara bermakna.

  • Pelaksanaan Steam Education and Skills (SES) yang menekankan pendekatan Inquiry-Based Learning, Problem-Based Learning serta pembelajaran kolaboratif, sekali gus memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka, menganalisis dan menghasilkan penyelesaian secara kritis dan kreatif.

  • Pelaksanaan pelbagai aktiviti dan pertandingan STEAM serta inovasi yang dianjurkan oleh Pusat STEP dan Pusat Pendidikan Inovasi (Education Innovation Centre – EIC), termasuk pendedahan kepada kemahiran coding, robotic serta program Celik-Biz dan BIG-start, bagi memperkukuh literasi digital dan keusahawanan pelajar serta mendedahkan mereka kepada perkembangan teknologi dan inovasi semasa.

  • Penyertaan pelajar dalam pertandingan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa seperti CIPTA, BICTA dan APICTA yang bertujuan meningkatkan daya saing global, di samping membina kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan dan daya tahan dalam menghadapi cabaran. Alhamdulillah, beberapa sekolah rendah kerajaan dan swasta telah mencatatkan pencapaian cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 dan Sekolah Rendah Rimba III yang telah memenangi anugerah dalam Brunei ICT Awards (BICTA).

Di samping itu, Kementerian Pendidikan turut memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan, antaranya Seria Energy Lab (SEL), Authority for Info-communications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI) serta LiveWIRE Brunei, bagi memperluas peluang pembelajaran autentik, memperkasa kemahiran teknologi, inovasi dan keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.