Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT022

SOALAN

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan jumlah dan sebab utama penutupan perniagaan tempatan mengikut sektor dan tempoh operasi? Bagaimanakah maklumat ini digunakan bagi memperbaiki dasar sokongan, agar tidak hanya tertumpu kepada penubuhan perniagaan baharu?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Data yang dikutip oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui ROCBN mencatatkan bahawa setakat 28 Februari 2026, sebanyak 1,111 penutupan nama perniagaan telah direkodkan iaitu bagi tempoh tahun 2021 sehingga 2025, dengan sektor perdagangan runcit (kecuali kenderaan bermotor dan motosikal) mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 13.5 peratus.

Manakala data yang dikutip bagi syarikat pula menunjukkan sebanyak 720 penutupan yang direkodkan dalam tempoh yang sama, dengan sektor pembinaan bangunan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 17.3 peratus.

Dari segi sebab utama penutupan perniagaan pula, setakat ini tidak ada data rasmi yang dikutip oleh ROCBN mengenainya.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemantauan yang dibuat oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) terhadap program-program yang dijalankan serta maklum balas langsung daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang diterima melalui pelbagai saluran muzakarah, beberapa cabaran utama telah dikenal pasti.

Antaranya, ini termasuk kos bahan mentah dan logistik yang tinggi; halangan dalam pembungkusan dan pelabelan termasuk kos mesin dan kepakaran teknikal; keterbatasan kapasiti kewangan; saiz pasaran domestik yang kecil, kebocoran perbelanjaan pengguna (Consumer Leakage) ke luar negara; tahap penerimaan teknologi baharu yang masih rendah; kesukaran mengekalkan pelanggan; serta cabaran menembusi pasaran serantau akibat keperluan pematuhan dan persaingan yang tinggi.

Bagi menangani cabaran tersebut, BEDB telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada pengukuhan kapasiti dan daya tahan perniagaan sedia ada. Ini termasuk program bimbingan dan latihan keusahawanan, khidmat nasihat kewangan dan perancangan aliran tunai, sokongan penyertaan dalam misi perdagangan dan pameran, bantuan pematuhan piawaian serta pensijilan, di samping memudahkan dialog antara agensi bagi menangani isu sistemik dan kawal selia. Pendekatan ini bertujuan memperkukuh daya saing dan memastikan kelangsungan perniagaan tempatan secara mampan.

Keseluruhannya, tumpuan Kerajaan bukan sahaja kepada penubuhan perniagaan baharu, tetapi juga kepada pengukuhan dan kelangsungan perniagaan sedia ada agar lebih berdaya tahan dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.