Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT025
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan apakah analisis terkini terhadap kos logistik dan penghantaran barangan bagi perniagaan tempatan, termasuk kesan ke atas harga akhir dan daya saing eksport? Apakah langkah yang sedang dilaksanakan bagi memastikan kos ini lebih berdaya saing tanpa menjejaskan kelancaran rantaian bekalan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Sukacita mengongsikan beberapa usaha dalam meningkatkan kecekapan logistik dan daya saing kos maritim di Negara Brunei Darussalam, yang mana antaranya adalah:
i. Analisis Strategik Kos dan Kecekapan Operasi
Berdasarkan analisis dalaman terkini selaras dengan pelaksanaan Pelan Strategik baharu Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPABD) 'Navigating 2030', didapati bahawa walaupun penghantaran global kekal tidak menentu, kos logistik tempatan di Negara Brunei Darussalam kini lebih dipengaruhi oleh kelajuan pelaksanaan operasi ('turnaround time') dan keberkesanan penggunaan sistem digital. Analisis MPABD juga menunjukkan bahawa memendekkan tempoh kapal berada di pelabuhan memberi impak terhadap pengurangan yuran dan seterusnya meningkatkan daya saing perniagaan.
ii. Langkah-Langkah Pelaksanaan bagi Meningkatkan Kecekapan dan Daya Saing
Di bawah teras 'Thriving Maritime Economy' dalam pelan strategi 'Navigating 2030', MPABD sedang melaksanakan beberapa langkah strategik bagi mengurangkan beban kos kepada industri dan pengguna.
Pendigitalan melalui Maritime Single Window (MSW) – MPABD telah beralih sepenuhnya kepada platform MSW bagi mengautomasi proses pelepasan pelabuhan. Pelaksanaan ini mempercepatkan urusan pentadbiran, mengurangkan pertindihan dokumentasi serta menjimatkan kos operasi ejen perkapalan dan perniagaan tempatan.
Penggalakan Konektiviti Laluan Perkapalan Langsung – Melalui kerjasama dengan rakan strategik, MPABD sedang memperluaskan laluan perkapalan langsung ke pelabuhan-pelabuhan utama serantau. Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada hab pemindahan pihak ketiga (transshipment), seterusnya membantu menstabilkan dan berpotensi menurunkan kadar tambang asas bagi pengeksport tempatan.
Pemodenan Regulatori – MPABD turut melaksanakan semakan terhadap struktur yuran dan kadar caj perkhidmatan bagi memastikan ia kekal kompetitif di peringkat serantau dan antarabangsa, di samping menjamin hasil yang mencukupi untuk pelaburan semula berterusan dalam infrastruktur dan peningkatan kemudahan pelabuhan.
iii. Pendekatan Tadbir Urus Secara Kolaboratif – MPABD melaksanakan inisiatif ini secara kolaboratif bersama pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan keberkesanan dasar yang dirangka adalah selaras dengan keperluan industri.
Di peringkat industri, MPABD berinteraksi secara langsung dengan Brunei Freight Forwarders Association (BRUFA) bagi memastikan pandangan dan cabaran di peringkat operasi dapat diambil kira dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan inisiatif.
Di peringkat nasional, MPABD bekerjasama rapat dengan MTIC, untuk memacu agenda integrasi multimodal, termasuk cadangan penubuhan mekanisme atau pasukan petugas khas peringkat kebangsaan bagi penyelarasan logistik. Langkah ini bertujuan memastikan setiap peningkatan kecekapan di pelabuhan dapat diterjemahkan secara langsung kepada penjimatan kos peniaga tempatan serta menyokong objektif logistik negara secara menyeluruh. Selain itu, usaha ini turut memastikan perkhidmatan sokongan dipertingkatkan untuk memenuhi permintaan logistik dan mencapai sistem logistik yang lancar serta bersepadu (seamless logistics).
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.