Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT001
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan status Tatacara Penghapusan Harta Benda Kerajaan (1983) dari Kira-kira dalam mempercepatkan proses penghapusan peralatan pejabat dan barang-barang teknikal yang menggunakan teknologi dalam proses permohonan, pemeriksaan dan pengesahan? Perkara ini juga untuk mengelakkan pembaziran ruang penyimpanan dan pembinaan stor baru yang dipohonkan oleh institusi dan kementerian.
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Setiap Kementerian dan Jabatan yang mempunyai harta benda untuk dihapuskan dari kira-kira Kerajaan perlulah mematuhi Garis Panduan Peraturan-Peraturan Kewangan 2022 dengan terlebih dahulu menyediakan dokumen-dokumen yang lengkap dan teratur bagi melancarkan proses penelitian untuk dipertimbangkan bagi sokongan penghapusan; mengikut prosedur/tatacara yang telah ditetapkan seperti berikut:
-
Kementerian/Jabatan hendaklah mendapatkan Laporan Pemeriksaan Teknikal dari agensi yang berkaitan yang mengeluarkan Laporan Teknikal. Sebagai contoh bagi penghapusan komputer, Laporan Teknikal akan disediakan oleh pihak Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC);
-
Menghadapkan permohonan ke Lembaga Pemeriksa Tetap (LPT) dengan memberikan keterangan yang lengkap terhadap senarai barangan yang dipohonkan untuk penghapusan;
-
Lembaga Pemeriksa Tetap akan meneliti setiap permohonan yang diterima dan seterusnya membuat pemeriksaan ke atas harta benda berkenaan sama ada ianya layak untuk dihapuskan atau tidak;
-
Jika dokumen lengkap telah diperolehi, LPT akan menghadapkan sokongan ke Jawatankuasa Penasihat Penghapusan Harta Benda Kerajaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi;
-
Setelah kebenaran diperolehi, Kementerian dan Jabatan hendaklah menghapuskan harta benda tersebut dengan segera.
Garis panduan ini menerangkan mengenai peraturan dan tatacara dalam melaksanakan penghapusan harta benda dan aset Kerajaan. Ianya berkuatkuasa seiring dengan Peraturan-Peraturan Kewangan 2022, Bahagian 11 (Bab 44 dan 45) dan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa mengikut keperluan semasa.
Pelaksanaan secara digital berpotensi mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan penghapusan aset. Pendekatan ini perlu diteliti dan difahami terlebih dahulu supaya prosedur pemeriksaan, pengesahan dan tanggungjawab pegawai kekal jelas serta mematuhi keperluan tadbir urus.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.