Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT015
SOALAN
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan perancangan untuk memanfaatkan aset-aset terbiar sebagai tapak bagi menjana ekonomi setempat seperti Pusat Belia, kemudahan 1K1P atau ruang kerja bersama agar memberi manfaat langsung kepada masyarakat?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Sejak tahun 2022, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Daerah telah memanfaatkan beberapa buah aset Kerajaan yang tidak digunakan lagi seperti bangunan Pejabat Pos lama di Kuala Belait yang dijadikan Pusat Satu Kampung Satu Produk, penempatan Kedai Kampung di Bangunan Kedai Rakyat Jati, Pekan Bangar, sebagai pusat pemasaran produk tempatan dan menyokong aktiviti ekonomi Majlis Perundingan Kampung; dan pembukaan Kedai Kampung di Dewan Muhibbah, Pejabat Daerah Brunei dan Muara, yang dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampung Kasat.
Turut dilaksanakan adalah dengan mengoptimumkan unit-unit kedai di Dewan Kemasyarakatan Mentiri; bangunan Pasar Manjalin yang telah tidak beroperasi sejak tahun 1998 telah diaktifkan semula melalui kerjasama antara Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Majlis Perundingan Kampung Kasat. Di samping itu, ruang kosong di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri turut digunakan sebagai platform sebagai sokongan untuk memperkukuh pemasaran, penjenamaan dan pengembangan produk tempatan melalui aktiviti seperti pop-up market dan jualan sosioekonomi, khususnya bagi projek TUNAS, Pop Up Market dan sebagainya.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.