Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT012
SOALAN
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan strategi Kementerian bagi memastikan institusi pengajian tinggi negara menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui inovasi, penyelidikan serta daya saing Brunei selaras dengan Wawasan 2035?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Strategi Kementerian Pendidikan untuk memastikan institusi pengajian tinggi (IPT) menjadi penggerak utama pembangunan ekonomi berpaksikan kepada Matlamat Strategik 2, Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023-2027, iaitu mempertingkatkan ekosistem pendidikan yang inovatif. IPT tidak lagi hanya berfungsi sebagai institusi pengajaran, tetapi telah bertransformasi menjadi hab inovasi yang memacu daya saing negara bagi mendokong wawasan negara.
Salah satu mekanisme utama ialah melalui pemerkasaan Ukuran Kejayaan Utama (Key Success Measure - KSM) 7 Kemampanan atau Kelestarian (Sustainability). Dalam konteks ini, kemampanan diukur melalui jumlah kolaborasi antara IPT tempatan (awam dan swasta) dengan industri serta agensi luar negeri sebagai pemangkin penyelidikan termaju. Data menunjukkan bahawa pada tahun 2023, kolaborasi ini mencapai sebanyak 174 MOU aktif, manakala pada tahun 2024, ia meningkat sebanyak 210 MOU aktif, dan diikuti sebanyak 284 MOU aktif pada tahun 2025. Terkini, iaitu setakat Mac 2026, jumlah ini terus meningkat kepada 293 MOU aktif yang turut memacu pelbagai projek penyelidikan berimpak tinggi. Sinergi ini membolehkan pelajar dan penyelidik menambah nilai kepada sistem pengetahuan global sambil menangani cabaran ekonomi dunia nyata.
Sebagai contoh, UBD telah melancarkan Pelan Induk Kelestarian pada 5 Ogos 2024, yang menumpukan kepada memacu inovasi melalui penyelidikan kelestarian antara disiplin. Peruntukan Dana Hijau di UBD menyokong projek-projek yang mempunyai potensi komersial dalam menangani isu alam sekitar dan ekonomi. Sementara itu, UTB melalui Pejabat Perusahaan (Enterprise Office) menerajui inisiatif harta intelek (IP) nasional dan menjalankan Program Start-up yang komprehensif. Program ini merangkumi fasa pengesahan idea sehingga sokongan pelaburan bagi pemenang inovasi, dengan pembiayaan daripada rakan strategik seperti Brunei Shell Petroleum (BSP).
Bagi menyokong daya saing antarabangsa, kementerian juga menetapkan KSM 4, iaitu sasaran bagi sekurang-kurangnya dua IPT tempatan berada dalam kedudukan 20% teratas secara global atau di peringkat Asia. Kedudukan yang diiktiraf oleh badan seperti QS dan Times Higher Education mencerminkan kualiti penyelidikan dan reputasi majikan yang tinggi.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.