Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT007
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan strategi kementerian untuk mengiktiraf profesional industri sebagai adjunct lecturer, dan sejauh manakah kementerian mempertimbangkan skim adjunct lecturer dengan mobiliti antara universiti serta laluan pengiktirafan dan pembangunan kerjaya yang jelas?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan menyedari bahawa sinergi antara akademia dan industri adalah tunjang utama dalam merealisasikan visi dan misi Pelan Strategi Kementerian Pendidikan, sekaligus aspirasi Wawasan Brunei 2035, khususnya dalam menghasilkan modal insan yang relevan dengan keperluan pasaran kerja global. Strategi kementerian untuk mengiktiraf profesional industri sebagai adjunct lecturer atau fasilitator pakar bukan sekadar satu pelantikan formal, tetapi merupakan sebahagian daripada transformasi ekosistem pendidikan tinggi dan vokasional yang lebih dinamik dan inklusif.
Pengambilan tenaga akademik secara separuh masa daripada pihak industri adalah melalui Skim Adjunct Lecturer yang sedia ada dan skim ini adalah di bawah kawalan dan pemantauan institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi TVET masing-masing. Profesional dan pakar daripada industri dan sektor swasta sememangnya sudah sekian lama diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan melalui pengambilan sebagai adjunct lecturer oleh IPT dan TVET dengan menggunakan skim tersebut. Memandangkan pakar yang diambil sebagai adjunct lecturer ini adalah secara separuh masa, mereka boleh berkhidmat dengan lebih daripada sebuah institusi sama ada dalam atau luar negeri, antara lain tertakluk kepada kesanggupan mereka dan kesesuaian kepakaran mereka. Jika mereka ingin membina kerjaya mereka sebagai tenaga akademik secara sepenuh masa, mereka boleh memohon jawatan-jawatan tetap atau berkontrak yang ditawarkan oleh institusi pengajian.
Untuk makluman, selain daripada laluan sebagai adjunct lecturer, profesional industri juga terlibat dalam Faculty Advisory Boards dan Industry Board Advisory Meetings di IPT dan TVET. Platform ini membolehkan pakar industri menyumbang secara langsung dalam semakan kurikulum bagi memastikan setiap modul pengajian sejajar dengan trend teknologi terkini dan amalan terbaik industri. Profesional ini bukan sahaja memberi input strategik, malah sering dijemput untuk menyampaikan kuliah jemputan (guest lectures) untuk berkongsi pengalaman praktikal dunia sebenar kepada pelajar, yang bertindak sebagai pemangkin motivasi dan jambatan kepada alam pekerjaan. Kolaborasi dengan pakar industri di universiti turut dilanjutkan ke projek-projek penyelidikan bersama, yang secara tidak langsung menyediakan laluan pembangunan kerjaya bagi pengamal industri dalam bidang penyelidikan dan pendidikan. Langkah ini memastikan kualiti pendidikan tinggi negara terus ditingkatkan melalui integrasi pengetahuan teknikal yang mutakhir.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.