Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT031

SOALAN

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA LAILA SETIA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI IBRAHIM meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan apakah keberkesanan penyertaan dalam pameran-pameran perdagangan (seperti Expo Produk, Festival Makanan, Consumer Fair), terutamanya dari segi spin-off effect kepada aktiviti ekonomi domestik, peningkatan peluang berniaga kepada PMKS terutamanya belia-belia tempatan, di samping impaknya terhadap pengaliran wang masuk/keluar negara?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Kementerian melalui strategi pengukuhan ekosistem industri sumber-sumber utama dan pelancongan sentiasa komited dalam mempelbagaikan ekonomi negara. Penganjuran Ekspo Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menunjukkan keberkesanan inisiatif dalam menghasilkan spin-off effect yang signifikan.

Pada tahun 2025, Ekspo Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang turut menggabungkan Ekspo Produk Tempatan Kali Ke-4 telah mencatatkan pencapaian jualan keseluruhan sekitar $198 ribu dengan penyertaan yang menggalakkan daripada pengusaha tempatan iaitu sebanyak 137 pengusaha dalam tempoh tiga (3) hari. Pencapaian ini mencerminkan daya saing produk tempatan yang semakin meningkat.

Ekspo ini juga merupakan satu platform bagi mengetengahkan produk-produk dan perkhidmatan yang telah dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan termasuk dari Majlis Perwakilan Kampung (MPK) dalam 13 kategori atau kluster yang terdiri dari kluster pertanian dan agrimakanan; perniagaan, perbankan dan kewangan; pembinaan dan rekabentuk dalaman; fesyen dan pakaian; perikanan dan pemprosesan ikan; makanan dan minuman; pelancongan dan hospitaliti; teknologi info-komunikasi dan produk kreatif; produk perkayuan, dan lain-lain, termasuk produk-produk 1 Kampong 1 Produk (1K1P) di bawah Majlis Perundingan Kampong (MPK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sepanjang empat tahun penganjuran sejak diperkenalkan pada tahun 2022, ekspo ini telah membuktikan impak ekonominya dengan menjana jumlah pendapatan secara kumulatif melebihi $1 juta Brunei dollar hasil daripada kunjungan sekitar 78,000 pelawat. Inisiatif ini bukan sekadar sebuah acara tahunan, malah bertindak sebagai pemangkin ekonomi yang menjana spin-off effect yang signifikan.

Kementerian akan terus memperkukuh daya saing produk domestik bagi menjamin sektor sumber-sumber utama dan pelancongan kekal sebagai sektor yang signifikan dalam agenda diversifikasi ekonomi negara, sejajar dengan sasaran pembangunan nasional yang berterusan dan mampan.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.