Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT048
SOALAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah kaedah memperkemaskan tatacara mempromosi kesihatan dan membudayakan cara hidup sihat serta pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang trennya semakin meningkat?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
A. Strategi Menyeluruh dan Berasaskan Data
Kementerian Kesihatan melaksanakan strategi menyeluruh yang berfokus kepada faktor risiko utama dan berasaskan data melalui pemantauan serta penilaian berterusan. Langkah ini memastikan strategi yang dilaksanakan memberi impak dan dapat ditambah baik dari masa ke semasa.
B. Usaha Pencegahan Awal dan Pendidikan Kesihatan
Kementerian memperkukuhkan usaha pencegahan awal melalui pendidikan kesihatan sejak usia kanak-kanak dan remaja. Program kesihatan dilaksanakan di sekolah, di tempat kerja dan dalam masyarakat supaya amalan gaya hidup sihat dapat dibentuk dan diteruskan sepanjang hayat. Penyampaian mesej kesihatan disesuaikan mengikut peringkat umur dan menggunakan pendekatan behavioural insights untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku dengan lebih berkesan.
C. Sokongan Dasar dan Persekitaran Sihat
Program promosi kesihatan disokong oleh dasar dan persekitaran yang memudahkan pilihan sihat. Antaranya ialah pelaksanaan duti eksais minuman manis dan berperisa, garis panduan pemakanan sihat di sekolah dan tempat kerja, penguatkuasaan larangan penggunaan rokok elektronik dan larangan merokok di lokasi tertentu, serta penggalakan aktiviti fizikal melalui garis panduan kegiatan fizikal dan inisiatif BN on the Move.
D. Pengesanan Awal dan Intervensi
Kementerian memperkukuhkan pengesanan awal dan intervensi melalui Program Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan untuk mengenal pasti faktor risiko dan penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal. Langkah ini membolehkan rawatan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan mengurangkan komplikasi serta beban kos rawatan jangka panjang.
Kesimpulannya, Kementerian Kesihatan komited memastikan usaha promosi kesihatan meningkatkan kesedaran, membawa kepada perubahan tingkah laku dan mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit secara mampan. Pendekatan ini dilaksanakan melalui kerjasama seluruh negara dengan penglibatan Kementerian-Kementerian yang lain, agensi, komuniti dan individu bagi membudayakan cara hidup sihat sebagai tanggungjawab bersama.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.