Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT042
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan perancangan kementerian dalam mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi menilai keperluan menggubal atau menggabungkan perintah-perintah atau akta-akta, supaya undang-undang akan lebih jelas dan mudah difahami oleh orang ramai?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Secara lazimnya, perancangan dan pelaksanaan kajian semula sesuatu undang-undang adalah tanggungjawab Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab ke atas undang-undang berkenaan, memandangkan merekalah yang mempunyai kepakaran serta pemahaman yang mendalam terhadap dasar Kerajaan, keperluan pentadbiran dan realiti operasi sektor masing-masing. Keperluan untuk membuat kajian semula ini biasanya ditentukan melalui proses dasar di peringkat Kementerian dan, jika berkenaan, melalui pertimbangan jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan yang berkaitan.
Sehubungan itu, sebarang cadangan kajian semula yang dikemukakan oleh Kementerian atau Jabatan berkenaan akan dihadapkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat perundangan dan untuk menilai keperluan semakan atau pindaan yang bersesuaian, tertakluk kepada maklumat, justifikasi dan objektif dasar yang dikemukakan.
Dalam menilai cadangan tersebut, Pejabat Peguam Negara akan mengambil kira keselarasan dengan dasar Kerajaan, implikasi perundangan, keberkesanan pelaksanaan, komitmen undang-undang antarabangsa (jika ada dan berkenaan), serta memastikan cadangan tidak menimbulkan pertindihan atau ketidak selarasan dengan undang-undang sedia ada dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.
Sekiranya didapati perlu, langkah-langkah seterusnya boleh diambil sama ada melalui pindaan, penggubalan semula, pemansuhan atau penggabungan peruntukan tertentu, bagi menghasilkan rangka perundangan yang lebih tersusun, jelas dan mudah difahami oleh orang ramai serta kekal relevan dengan keperluan semasa.
Selain itu, Pejabat Peguam Negara bersama Jabatan Perdana Menteri juga mengadakan Seminar Perundangan tahunan bagi meningkatkan kefahaman dan kapasiti pegawai-pegawai yang mengendalikan undang-undang di kementerian masing-masing, sebagai salah satu langkah memperkukuh keberkesanan merangka dan menggubal perundangan di peringkat Kementerian/Jabatan sebelum menghadapkan perkara tersebut kepada Pejabat Peguam Negara.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.