Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT009

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan impak Jawatankuasa Kebangsaan Anti-Pemerdagangan Orang (JKAPO) setakat ini dan apakah cabaran utama keberkesanannya serta langkah-langkah penambahbaikan yang konkrit dan terukur (measurable) yang akan dilaksanakan bagi memperkukuh pencegahan, pendakwaan dan perlindungan mangsa?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Sejak penubuhan JKAPO pada tahun 2020, Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan beberapa impak signifikan dalam usaha pembanterasan jenayah Trafficking in Persons (TIP) dan antara impak utama yang memberikan kesan besar kepada negara adalah seperti berikut:

a. Kerajaan Amerika Syarikat telah mengiktiraf usaha-usaha signifikan yang telah diungkayahkan oleh Negara Brunei Darussalam melalui JKAPO dalam menangani isu jenayah TIP. Dengan ini, pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengambil keputusan untuk menaik taraf kedudukan Negara Brunei Darussalam dari Tier 3 ke Tier 2 Watchlist dalam United States TIP Report 2025.

Ini merupakan satu pencapaian utama yang telah diperolehi memandangkan Negara Brunei Darussalam telah diturunkan ke Tier 3 di dalam United States TIP Report dua tahun yang lalu;

b. Negara Brunei Darussalam telah diberi pengiktirafan di beberapa platform antarabangsa seperti ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) dan ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) sebagai satu-satunya Negara ASEAN yang tidak mempunyai warganegaranya sendiri yang direkrut atau diperdagangkan ke pusat penipuan dalam talian di rantau ini.

Impak positif ini merupakan hasil daripada usaha gigih agensi-agensi di bawah JKAPO dalam menangani jenayah TIP dengan berpandukan kepada National Standard Operating Procedures on TIP (NaSOP on TIP) dan National Plan of Action on TIP (NPA on TIP). Dalam hal ini jua, penubuhan TIP Assessment Team di bawah bidang Jawatankuasa Kerja bagi Anti-Pemerdagangan Orang turut menyumbang dengan memperkukuhkan penyiasatan dan pendakwaan ke atas kes-kes TIP.

Ini menggambarkan pendekatan Negara Brunei Darussalam dalam menangani jenayah TIP yang berlandaskan prinsip Maqasid Syariah, khususnya penekanan terhadap pemeliharaan nyawa sebagai salah satu teras utama di mana ianya jua satu teras utama dalam NPA on TIP. Di samping itu, pendekatan 'Whole-of-Nation' dan 'Whole-of-Government' jua dipraktikkan oleh JKAPO bagi memastikan usaha-usaha pembanterasan jenayah TIP dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu.

Insya-Allah, dengan usaha-usaha yang berterusan dalam menangani isu jenayah TIP, ianya dihasratkan akan membantu dalam meningkatkan kedudukan Negara Brunei Darussalam ke Tier 2 atau Tier 1 di dalam United States Trafficking in Persons (TIP) Report 2026.

JKAPO juga menghadapi cabaran-cabaran yang menghadkan jawatankuasa untuk mencapai keberkesanannya ditahap maksimum memandangkan terdapatnya beberapa isu utama seperti berikut:

a. Jenayah Pemerdagangan Buruh, daripada penilaian pihak United Nations Office of Drugs and Crime, merupakan satu isu amat sukar yang rumit untuk mendapatkan bukti dan motif yang dapat diterima di Mahkamah. Lebih lagi, modus operandi jenayah Pemerdagangan Buruh semakin kompleks, mencabar dan berkembang terutamanya dengan perkembangan tren jenayah seperti penipuan pekerjaan (job scam).

Namun demikian, Negara Brunei Darussalam telah berjaya merekodkan dua (02) kes pensabitan kes Pemerdagangan Buruh melibatkan dua warganegara Republik Rakyat Bangladesh pada tahun 2025 di mana pencapaian ini menunjukkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang serta mekanisme-mekanisme yang telah ditubuhkan di bawah JKAPO;

b. Trend kemasukan pekerja asing di Negara Brunei Darussalam boleh menyumbang kepada potensi berlakunya jenayah Pemerdagangan Orang memandangkan sejumlah besar pekerja-pekerja tersebut berasal dari negara-negara yang diketahui mempunyai kegiatan jenayah Pemerdagangan Orang yang signifikan.

Bagi menangani impak daripada trend tersebut, Negara Brunei Darussalam telah mengambil langkah-langkah proaktif termasuk dengan pemeteraian Memorandum of Understanding (MoU) bersama Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh pada tahun 2022 dan Kerajaan Republik Demokratik Timor-Leste pada tahun 2023 mengenai Pekerjaan dan Pengambilan Pekerja Warganegara mereka dalam memastikan pengambilan pekerja adalah dikendalikan dengan teratur.

JKAPO melalui Jawatankuasa Kerja bagi Anti-Pemerdagangan Orang menggunakan NPA on TIP yang telah dikemaskini bagi tempoh 2025-2029 telah menambah dan menekankan lagi usaha agensi-agensi dalam membanteras jenayah TIP yang terkandung daripada empat teras utama iaitu Pencegahan, Perlindungan, Pendakwaan dan Penguatkuasaan Undang-Undang, serta Perkongsian dan Kerjasama. Objektif NPA tersebut adalah untuk menambah daripada pindaan sebelum ini di mana pensabitan dua kes pemerdagangan buruh pada tahun 2025 berasal daripada usaha dan penyiasatan agensi-agensi di bawah JKAPO berdasarkan NPA on TIP yang sebelumnya.

Lebih-lebih lagi, agensi-agensi di bawah JKAPO telah mempertingkatkan kapasiti dengan sebanyak 49 program latihan khususnya dalam mengenal pasti elemen-elemen TIP. Ini termasuk dengan program The ASEAN Multilateral Judicial Knowledge Exchange on Victim-Sensitive Adjudication of Trafficking in Persons Cases yang telah dianjurkan oleh Negara Brunei Darussalam dan merupakan satu platform bagi pegawai-pegawai kehakiman dalam mengongsi pengalaman praktikal, perspektif kebangsaan, serta amalan kehakiman terbaik dalam mengendalikan kes-kes TIP.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.