Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT011

SOALAN

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin

YANG BERHORMAT DR. AWANG HAJI MAHALI BIN HAJI MOMIN meminta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II menyatakan sejauh manakah keberkesanan strategi pasaran buruh dan pembangunan kemahiran sedia ada digunakan dalam meningkatkan kualiti pekerjaan, produktiviti tenaga kerja dan kesepadanan kemahiran yang menyokong ekonomi yang lebih dinamik dan berdaya tahan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Pihak Kerajaan terus melaksanakan pelbagai inisiatif pasaran buruh bagi merealisasikan matlamat Wawasan Brunei 2035, khususnya Matlamat 1, iaitu melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi, berkemahiran tinggi dan berjaya.

Dalam hal ini, usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran serta kemahiran anak tempatan dilaksanakan melalui pelbagai program pembangunan tenaga manusia di bawah Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC). Sehingga penghujung tahun 2025, sebanyak 17 program sedang dan telah dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan penyertaan seramai 15,177 orang peserta sejak program-program berkenaan diperkenalkan.

Bagi menilai keberkesanan program-program tersebut, kadar pekerjaan peserta selepas menamatkan latihan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

Program perantisan yang memberi penekanan kepada pengalaman pekerjaan, khususnya Program Perantisan i-Ready dan Skim Perantisan Perkhidmatan Awam, mencatatkan kadar pekerjaan purata sekitar 70 peratus, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan work-based learning dalam meningkatkan kebolehpasaran peserta.

Selain itu, program pembangunan tenaga manusia yang dirangka melalui Manpower Industry Steering Committee (MISC) seperti Program iSkill dan Coding.bn menunjukkan bahawa sekitar 36 peratus peserta telah memperoleh pekerjaan dalam bidang masing-masing selepas menamatkan program.

Bagi program pensijilan profesional seperti SPIN in Accountancy, seramai 50 peratus peserta telah berjaya memperoleh pensijilan profesional yang membolehkan mereka melaksanakan pekerjaan dalam bidang perakaunan dan pengauditan. Manakala dalam bidang Health, Safety and Environment (HSE), seramai 15 peratus peserta telah berdaftar dengan Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) sebagai Workplace Safety and Health (WSH) Coordinator dan Officer yang bertauliah.

Pada masa yang sama, bagi memastikan program-program yang dilaksanakan terus relevan dan responsif kepada keperluan ekonomi, Pejabat Perancangan Tenaga Manusia (PPTM), Jabatan Perdana Menteri akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak industri melalui platform MISC. Kerjasama ini penting bagi menambah baik reka bentuk program latihan serta menyelaraskan bidang kursus yang ditawarkan dengan keperluan industri, termasuk mengambil kira projek-projek mega baharu yang dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

Dari sudut kualiti pekerjaan, pihak Kerajaan melalui MPEC juga telah menerbitkan Salary Guideline bagi sektor swasta yang merangkumi 22 job families dan 100 jawatan. Garis panduan ini berfungsi sebagai rujukan kepada skala gaji yang lebih progresif, di samping membantu majikan menentukan kadar gaji yang berpatutan serta memberi panduan kepada pencari kerja tempatan mengenai nilai pasaran pekerjaan, khususnya pada peringkat awal kerjaya. Jawatan-jawatan yang disenaraikan adalah berdasarkan critical occupations yang dikenal pasti sebagai in-demand oleh industri melalui MISC.

Di samping itu, bagi memastikan pekerja tidak menerima gaji yang terlalu rendah, Perintah Pekerjaan (Upah Minimum) telah dikuatkuasakan ke atas tujuh industri bermula 1 April 2025. Berdasarkan dapatan awal kaji selidik terhadap syarikat-syarikat dalam industri berkenaan, pelaksanaan perintah tersebut telah diterima baik oleh kebanyakan pihak industri, dengan tahap penerimaan yang positif serta tanpa cabaran yang ketara. Dapatan awal juga menunjukkan bahawa pelaksanaan tersebut tidak memberi kesan yang meluas terhadap kos operasi syarikat.

Sebagai penutup, pihak Kerajaan akan terus memantau keberkesanan dasar-dasar pasaran buruh serta program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan inisiatif yang diperkenalkan benar-benar memberi impak kepada pembangunan tenaga kerja negara. Kerajaan juga akan terus memperkukuh dasar serta program yang selaras dengan keperluan ekonomi semasa dalam usaha memastikan negara mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia mendukung pencapaian Wawasan Brunei 2035.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.