Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT044

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan adakah kementerian akan menilai semula peraturan hak cipta samada mencukupi untuk memastikan hak pencipta dilindungi dan dilaksanakan dengan berkesan bagi menyokong pencipta dengan secukupnya dalam melaksanakan hak mereka?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Perundangan Hak Cipta (Copyright) dan Harta Intelek (Intellectual Property - IP) memainkan peranan yang penting dalam menyokong inovasi, kreativiti dan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Perlindungan yang jelas terhadap hasil ciptaan memberi keyakinan kepada para pencipta, penyelidik dan usahawan untuk terus membangunkan idea baharu serta mengkomersialkan teknologi dan kandungan yang dihasilkan.

Di Negara Brunei Darussalam, rangka kerja perlindungan hak cipta diperuntukkan di bawah 'The Copyright Order of 1999' yang telah dikuatkuasakan sejak 1hb. Mei 2000, yang mana Brunei Intellectual Property Office (BruIPO) merupakan agensi yang bertanggungjawab ke atasnya.

Berhubung dengan perkara ini dan dari segi bidang kuasa Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memacu inovasi dan pembangunan penyelesaian digital tempatan, antaranya melalui program seperti Brunei ICT Awards (BICTA) dan Brunei Innovation Lab (BIL) 673 Hackathon. Program-program ini memberi platform kepada peserta untuk membangunkan idea, prototaip dan penyelesaian teknologi baharu yang berpotensi untuk dikembangkan menjadi produk atau perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi.

Selain itu, di bawah program CREATES, salah satu hasil utama yang digalakkan ialah pemfailan harta intelek, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan ekosistem penyelidikan, pembangunan dan inovasi negara serta meningkatkan perlindungan dan pengurusan hasil penyelidikan yang berpotensi memberi impak kepada pembangunan negara.

Walau bagaimanapun, cabaran utama yang sering dikenal pasti bukan hanya terletak pada aspek pemfailan atau perlindungan harta intelek semata-mata, tetapi juga pada keupayaan untuk mengkomersialkan harta intelek tersebut secara berkesan. Sehubungan dengan itu, Kementerian ini sedang menyediakan Strategi Sains, Teknologi dan Inovasi (Science, Technology and Innovation – STI Framework) yang mana antaralain berhasrat untuk memperkukuhkan penterjemahan hasil penyelidikan kepada produk atau perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan oleh industri, termasuk melalui pembangunan prototaip, pemindahan teknologi serta pelesenan kepada pihak berkepentingan. Pendekatan ini adalah penting bagi merapatkan jurang antara hasil penyelidikan dan penerimaan oleh industri, seterusnya membolehkan inovasi menyumbang kepada pertumbuhan serta kepelbagaian ekonomi negara.

Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi akan terus bekerjasama dengan BruIPO sebagai pemilik perundangan ini serta dengan agensi-agensi berkaitan bagi memperkukuhkan keseluruhan ekosistem inovasi, termasuk dari segi pemfailan, perlindungan dan pengkomersilan harta intelek.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.