Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT018
SOALAN
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
YANG BERHORMAT AWANG ZAINOL BIN HAJI MOHAMED meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan penilaian kementerian terhadap pulangan sebenar ekonomi (economic return) bagi sektor pelancongan negara? Sejauh mana dasar sedia ada berupaya meningkatkan visitor spend, tempoh tinggal dan nilai rantaian tempatan, berbanding kepada meningkatkan angka ketibaan semata-mata?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Kementerian menyedari bahawa kejayaan sektor pelancongan tidak hanya diukur melalui jumlah ketibaan pelancong semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah pulangan ekonomi sebenar kepada negara, termasuk perbelanjaan pelawat, tempoh penginapan serta sumbangan kepada rantaian nilai tempatan. Pada tahun 2025, jumlah ketibaan pelancong ke Negara Brunei Darussalam adalah sekitar 763,375 orang yang mana telah menunjukkan peningkatan sekitar 13% dari tahun 2024. Peningkatan ini disumbangkan oleh pecahan kemasukan pelancong melalui darat, udara, dan laut, masing-masing sekitar 14.1%, 46.2%, dan 6.9%, yang mana peningkatan yang ketara adalah kedatangan pelancong melalui cruise ship atau kapal persiaran.
Peningkatan signifikan dalam kedatangan pelancong ini telah membuka pelbagai peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam sektor perhotelan, perkhidmatan pemandu pelancong, dan turut memberi impak positif secara langsung kepada ekonomi tempatan.
Dalam menilai pulangan ekonomi sektor ini, Kementerian mengambil kira beberapa petunjuk utama seperti purata perbelanjaan pelancong, tempoh penginapan (average length of stay), serta impak ekonomi kepada sektor berkaitan seperti perhotelan, makanan dan minuman, pengangkutan, serta perkhidmatan pelancongan tempatan.
Sehubungan itu, dasar pembangunan pelancongan negara memberi penekanan kepada pendekatan "value-driven tourism", iaitu menarik pelawat yang berpotensi memberikan nilai ekonomi yang lebih tinggi, dan bukan hanya meningkatkan jumlah ketibaan semata-mata.
Antara pendekatan yang diambil termasuk memberi tumpuan kepada segmen MICE dan business tourism, yang lazimnya melibatkan pelawat berpendapatan tinggi serta mempunyai tahap perbelanjaan yang lebih besar semasa berada di negara ini.
Di samping itu, usaha memperkukuhkan kesalinghubungan udara dengan kerjasama syarikat penerbangan, termasuk Royal Brunei, AirAsia, Singapore Airlines dan Cebu Pacific, untuk memperkukuh jaringan udara dan membuka laluan baharu seperti ke Balikpapan, Beijing, Chennai, dan Haikou.
Seiring itu, usaha kolaboratif bersama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (KHELN) turut dilaksanakan bagi memudahkan akses pelawat dari pasaran utama, termasuk pembukaan laluan baharu dan dasar visa yang lebih memudahkan bagi beberapa negara. Usaha ini meliputi visa 30 hari untuk Jepun dan pengecualian visa bagi Republik Rakyat China serta Chinese Taipei yang dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong. Langkah ini khususnya memberi impak positif kepada segmen educational tourism, selaras dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap program pendidikan imersif dari pasaran berkenaan.
Dalam masa yang sama, pembangunan produk pelancongan turut dipelbagaikan dengan menonjolkan destinasi berasaskan alam semula jadi, komuniti dan budaya, seperti di kawasan Labi, Lamunin dan perkampungan tempatan, yang memberi peluang kepada pelawat untuk tinggal lebih lama serta berinteraksi dengan komuniti setempat.
Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman pelawat, tetapi juga membantu meningkatkan perbelanjaan pelancong serta memperluaskan manfaat ekonomi kepada komuniti tempatan dan kawasan luar bandar.
Secara strategik, pendekatan ini bertujuan memastikan sektor pelancongan negara berkembang secara mampan dan berimpak tinggi, dengan memberi tumpuan kepada peningkatan nilai ekonomi yang dijana oleh setiap pelawat yang datang ke Negara Brunei Darussalam.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.