Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT045

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee

YANG BERHORMAT DAYANG CHONG CHIN YEE meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan undang-undang atau langkah kawal selia untuk menangani ancaman jenayah siber yang semakin meningkat? Bagaimana ini dirancang untuk berfungsi secara bersepadu sebagai sebahagian daripada pendekatan keselamatan dalam talian?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa undang-undang dan langkah kawal selia yang menyeluruh dan bersepadu bagi menangani ancaman jenayah siber yang semakin meningkat. Undang-undang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

i. Computer Misuse Act memperuntukkan kesalahan berkaitan pencerobohan dan penyalahgunaan sistem komputer;

ii. Manakala, Personal Data Protection Act memastikan perlindungan data peribadi dan akauntabiliti organisasi; dan

iii. Selain itu, Cyber Security Act memperkukuh tadbir urus keselamatan siber negara dengan memberi kuasa untuk melindungi infrastruktur maklumat kritikal serta menyelaras tindak balas terhadap insiden siber.

Pelaksanaan undang-undang ini disokong oleh peranan yang dimainkan oleh beberapa agensi/autoriti iaitu Cyber Security Brunei (CSB) dalam pemantauan dan pengurusan ancaman, Authority for Infocommunications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI) dalam mengawal selia industri digital, dan Pasukan Polis Diraja Brunei terlibat dalam penguatkuasaan.

Secara keseluruhan, pendekatan ini mencerminkan strategi keselamatan dalam talian yang holistik, menggabungkan perundangan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan bagi menangani peningkatan jenayah siber secara berkesan. Pendekatan ini dirangka secara bersepadu, melibatkan aspek perundangan, penguatkuasaan, teknikal dan kesedaran awam.

PERUNDANGAN

Cyber Security Act memperkukuh tadbir urus keselamatan siber negara dengan memberi kuasa yang lebih jelas kepada pihak berautoriti untuk melindungi infrastruktur maklumat kritikal, menyelaras tindak balas insiden, serta menetapkan keperluan pematuhan keselamatan bagi sektor berkepentingan.

Akta ini menekankan pendekatan berasaskan risiko dan kesiapsiagaan nasional dalam menghadapi ancaman siber terutama sekali bagi Infrastruktur Maklumat Kritikal (CII).

PENGUATKUASAAN

Teknikal

Dari sudut keupayaan operasi, Cyber Security Brunei (CSB) berfungsi sebagai agensi peneraju yang menyelaras dasar, pemantauan ancaman dan pengurusan insiden keselamatan siber. Di bawahnya, National Digital Forensic Laboratory (NDFL) berperanan sebagai 'service provider' kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dengan memberikan perkhidmatan forensik digital, penyiasatan jenayah siber dan atas talian berserta khidmat saksi pakar di mahkamah.

Manakala, BruCERT bertindak sebagai pusat respon kecemasan komputer kebangsaan, mengendalikan laporan insiden, menjalankan analisis teknikal, serta mengeluarkan amaran dan nasihat keselamatan kepada sektor awam dan swasta. Penguatkuasaan undang-undang pula dilaksanakan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, khususnya dalam siasatan dan pendakwaan kes jenayah siber dan penipuan digital.

Kesedaran Awam

Cyber Security Brunei (CSB) giat menjalankan kempen kesedaran keselamatan siber melalui program taklimat dan bengkel kepada agensi Kerajaan, sektor swasta, institusi Pendidikan dan masyarakat umum serta mengeluarkan nasihat keselamatan berkala.

Usaha ini bertujuan bagi meningkatkan kefahaman mengenai ancaman seperti phishing, scam dalam talian dan kebocoran data, di samping menggalakkan amalan terbaik seperti pengurusan kata laluan yang selamat dan pengesahan dua faktor.

Pada tahun 2025, CSB merekodkan seramai 14,987 orang menghadiri program kesedaran siber. Insya Allah, bagi tahun 2026, CSB mensasarkan penyertaan sekitar 17,000 orang, iaitu peningkatan kira-kira 13% berbanding tahun 2025. Pertumbuhan ini akan didorong oleh peluasan capaian kepada sektor yang kurang mendapat liputan, peningkatan penyampaian program secara digital, serta kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan awam dan swasta. Secara keseluruhan, inisiatif kesedaran awam ini berfungsi sebagai lapisan pencegahan awal yang melengkapkan aspek perundangan dan operasi teknikal dalam memastikan keselamatan siber negara kekal terjamin dan berdaya tahan.

Inisiatif Lain

Sebagai sebahagian daripada usaha menangani penipuan dalam talian, inisiatif seperti 'Brunei Scam Watch' melalui NDFL dijangka akan menyumbang kepada peningkatan kesedaran awam melalui perkongsian maklumat mengenai modus operandi scam terkini dan nasihat pencegahan. Inisiatif ini melengkapkan pendekatan perundangan dan teknikal dengan memperkukuh kerjasama dan kolaborasi bersepadu antara agensi yang relevan (iaitu agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa) serta literasi keselamatan digital masyarakat yang tinggi.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.