Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT003
SOALAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH SAFIAH BINTI SHEIKH HAJI ABD. SALAM meminta MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI menyatakan cabaran utama dalam pelaksanaan dan pengintegrasi transformasi digital dalam perkhidmatan kerajaan khususnya dalam mengubah penerimaan masyarakat, meningkatkan kebolehgunaan serta aksesibiliti dan mesra pengguna? Bagaimana Kementerian membina dan mengekalkan kepercayaan awam terhadap kecekapan, daya tahan, ketelusan tadbir urus dan penggunaan data secara beretika merentas agensi?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
Dalam usaha melaksanakan dan mengintegrasikan transformasi digital dalam perkhidmatan kerajaan, terdapat beberapa cabaran utama yang perlu ditangani. Antara cabaran yang paling ketara ialah proses perniagaan ('business process') yang masih beroperasi secara silo akibat kewujudan sistem-sistem legasi Kerajaan serta tahap pengintegrasian data yang kurang berkesan, sekali gus menurunkan mutu pengalaman pengguna.
Dari segi kebolehgunaan dan aksesibiliti, reka bentuk sistem yang kurang mesra pengguna serta tidak inklusif sering menghalang capaian oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga emas dan golongan kurang upaya. Cabaran ini diperkutkan lagi dengan ketidakseragaman piawaian reka bentuk antara agensi, yang menjejaskan konsistensi pengalaman pengguna.
Bagi mengatasi cabaran ini, sebagai langkah seterusnya melalui pelaksanaan GovBN2.0 adalah memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan transaksi Kerajaan yang lebih lancar, menyeluruh dan automatik dari hujung ke hujung. Pendekatan ini akan memastikan perkhidmatan kerajaan dapat diakses dengan lebih mudah, cepat dan berkesan, sekali gus meningkatkan kepuasan serta keyakinan masyarakat terhadap transformasi digital.
GovBN2.0 juga akan turut memanfaatkan infrastruktur sedia ada seperti Brunei ID, National Information Hub (NIH) dan Digital Payment Hub (Tarus) sebagai asas pengukuhan. Brunei ID berfungsi sebagai identiti digital tunggal yang memudahkan pengesahan dan akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan. NIH pula menyediakan platform integrasi data yang selamat dan bersepadu, manakala Digital Payment Hub (Tarus) menyokong automasi proses perniagaan serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap.
Untuk makluman, Brunei ID telah dilancarkan pada 3 Januari 2026 sebagai platform terbaharu bagi mengakses perkhidmatan Kerajaan dalam talian dengan sekali log masuk melalui pengesahan biometrik. Setakat ini, enam (6) aplikasi seperti TransportBN, TD123, Business Reporting Portal, Bruhealth, PSC Recruitment dan E-Undi boleh diakses melalui platform tersebut. Sejak pelancaran dan setakat 15 Mac 2026, jumlah pengguna yang direkodkan adalah 17,895.
Penggunaan perkhidmatan digital adalah semakin berleluasa dan telah menjadi pilihan utama oleh individu, masyarakat mahupun pihak peniaga. Sebagai contohnya:
-
Pihak Kerajaan dalam pelaksanaan dan penggunaan Unified Smart Metering Smart System (USMS). Walaupun pada awalnya menghadapi pelbagai cabaran namun dari maklum balas orang ramai, penggunaannya semakin bertambah baik dan akhirnya diterima oleh masyarakat; dan
-
Pihak swasta seperti perkhidmatan perbankan merangkumi pelbagai perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh institusi bank kepada individu dan perniagaan. Selain itu, pembelian tiket-tiket penerbangan secara dalam talian juga menjadi pilihan orang ramai sehingga kini.
Dalam penerimagunaan digital (digital adoption), pada awalnya memang terdapat jurang (chasm) yang diakui akan menyebabkan keraguan (skepticism) pada tahap pengenalan. Antaranya, ini disebabkan oleh perubahan yang melibatkan data dan juga kepercayaan ke atas sistem baharu. Dari itu, maklum balas dan penyertaan dari orang ramai dalam penggunaan teknologi adalah penting bagi mendapatkan reassurances dan seterusnya memastikan ianya akan bermanfaat kepada orang ramai.
Penggunaan teknologi memang sudah menjadi norma dalam kehidupan seharian antaranya dari segi memudahkan akses kepada perkhidmatan yang sebelum ini memerlukan kehadiran secara fizikal. Seperti contoh, pembayaran Zakat Fitrah secara digital boleh dilakukan melalui platform yang telah disediakan.
Dengan pendekatan ini, Kerajaan bukan sahaja dapat mengatasi cabaran teknikal dan tadbir urus, tetapi juga memperkukuh ekosistem digital nasional yang lebih inklusif, mesra pengguna dan berorientasikan rakyat dalam menjadikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan.
Bagi pencerahan lanjut mengenai projek-projek transformasi digital Kerajaan, sukacita juga dikongsikan bahawa setiap pelaksanaan proses pendigitalan perkhidmatan akan melalui Business Process Re-engineering (BPR) bagi memastikan pendigitalan perkhidmatan kerajaan adalah secara end-to-end.
Hasilnya akan disahkan oleh Project Steering Committee sebelum dihadapkan kepada CIO Kementerian masing-masing (melalui Digital Transformation Steering Committee).
Selepas pengesahan CIO Kementerian berkenaan, projek transformasi digital tersebut akan dihadapkan kepada CIO Forum melalui Digital Transformation Review Committee (DTRC) untuk sokongan pelaksanaan. Fokus bagi proses ini hanya melibatkan projek transformasi digital baharu.
Selain itu juga, bagi setiap inisiatif digital yang akan datang, Business Process Re-engineering perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebagai prasyarat utama dan hasil daripada aktiviti tersebut akan dijadikan asas dalam menentukan skop pelaksanaan projek digital. Langkah ini bertujuan untuk mengenal pasti mana-mana proses yang boleh diperkemas atau ditambah baik lagi bagi menyediakan sesuatu sistem atau penyelesaian yang lebih efektif daripada pihak kementerian berkenaan.
Dalam perkara ini, bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan BPR, satu inisiatif mengenai Business Process Improvement (BPI) telahpun diperkenalkan pada Februari 2025 di peringkat Kerajaan, iaitu melalui pembangunan keupayaan (BPI Upskilling) dan pengukuhan tadbir urus. Pembangunan keupayaan akan dilaksanakan melalui latihan serta peningkatan kesedaran berkaitan BPI kepada penjawat awam secara menyeluruh, dengan sokongan Institut Perkhidmatan Awam (IPA). Dari aspek tadbir urus, BPI akan diintegrasikan ke dalam projek Transformasi Digital di bawah Project Management Framework (PMF) melalui penubuhan aliran kerja khusus bagi memastikan penilaian dan penambahbaikan proses kerja dilaksanakan secara sistematik sebagai sebahagian daripada pelaksanaan projek.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.