Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT037
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
YANG BERHORMAT AWANG HAJI SALLEH BOSTAMAN BIN HAJI ZAINAL ABIDIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah kementerian mempertimbangkan penggunaan indikator tambahan yang lebih holistik, selain yang digunakan pada masa ini contohnya perbandingan PISA 2018–2022 dalam data bacaan, penulisan dan aritmetik, untuk menilai kemajuan pencapaian pendidikan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Visi Kementerian Pendidikan iaitu "Pendidikan Berkualiti, Negara Progresif" dan misi, "Untuk Menyediakan Pendidikan yang Berkualiti dan Holistik untuk Kehidupan Pelajar yang Bermatlamat" melalui Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023-2027 adalah sejajar dengan Wawasan Brunei 2035 khususnya, "Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya".
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti tiga (3) pengukur utama di bahagian Pendidikan Teras: Pencapaian Peringkat Rendah; Pencapaian Peringkat Menengah dan Kemasukan ke peringkat Pasca Menengah.
Ini bukan sahaja pencapaian dari segi akademik tetapi juga dari aspek emosi, sosial, fizikal, kreativiti dan kerohanian. Kementerian akan sentiasa meneliti penggunaan indikator-indikator yang lebih holistik untuk menilai kecemerlangan pelajar yang dapat memberi gambaran menyeluruh prestasi pelajar-pelajar.
Antara indikator yang boleh menonjolkan perkembangan holistik pelajar adalah seperti:
i. Penyertaan dalam pertandingan inovasi di peringkat nasional seperti BICTA dan APICTA anugerah ICT peringkat Asia Pasifik yang mengiktiraf inovasi teknologi;
ii. Kejayaan pelajar mendapat biasiswa kerajaan ke Singapura diberikan untuk tujuan pembangunan akademik dan kepimpinan pelajar;
iii. Kejayaan pelajar dalam penyertaan kejohanan sukan antarabangsa seperti ASEAN School Games (ASG);
iv. Penglibatan pelajar dalam program pengayaan seperti Program Sahsiah Pelajar (PSP); dan
v. Kesedaran pelajar terhadap kehidupan lestari, dan sebagainya.
Kementerian juga akan menilai dan meneliti keperluan penggunaan pengukur yang bukan kognitif seperti kesejahteraan pelajar (student well-being), pengembangan minda pelajar (student growth mindset) dan sikap (attitude) serta kesedaran kewangan (literasi kewangan) bagi menggambarkan kesejahteraan dan ketahanan pelajar secara menyeluruh.
Untuk makluman, pengukuran dimensi tersebut telah dimulai dengan pembangunan alat pengukurnya. Walaubagaimanapun ia perlu dikukuhkan dan disahkan sebagai pengukur utama yang dapat mewakili dimensi holistik tersebut secara lebih sistematik dan bersepadu.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.