Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/04/Jawapan-Bagi-Pertanyaan-Jawab-Tulis-MMN22_1.pdf

Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT006

SOALAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin

YANG BERHORMAT DAYANG HAJAH ROSMAWATTY BINTI HAJI ABDUL MUMIN meminta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimana Kementerian Pendidikan memastikan pelajar OKU terutamanya yang memerlukan intervensi intensif benar-benar menerima pembelajaran bermakna dan bukan sekadar hadir secara nominal? Apakah usaha yang dijalankan bagi memastikan penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib tidak membebankan sekolah dan kapasiti SEN, persekitaran pembelajaran serta intervensi yang diperlukan dapat disediakan?

JAWAPAN

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

Kementerian Pendidikan menekankan bahawa kehadiran pelajar OKU ke sekolah bukan sekadar bersifat nominal, tetapi mesti disertai dengan penyediaan pembelajaran yang bermakna, berstruktur dan berasaskan keperluan individu pelajar.

Bagi tujuan tersebut, setiap pelajar berkeperluan khas yang dikenal pasti akan melalui pelbagai proses penilaian seperti penilaian pertuturan dan percakapan, cara kerja serta saringan atau diagnostik literasi Disleksia yang berkaitan. Berdasarkan penilaian ini, Pelan Pendidikan Individu (Individualised Education Plan – IEP) akan disediakan yang menetapkan tahap kebolehan pelajar, sasaran pembelajaran yang bersesuaian dan boleh diukur serta bentuk intervensi dan bantuan khusus yang diperlukan. Pelaksanaan IEP ini dipantau dan dinilai secara berkala bersama guru, ibu bapa, pegawai dan pakar dari JPKhas bagi memastikan kemajuan yang berterusan.

Dari segi penempatan, JPKhas mengamalkan pendekatan pelbagai laluan (multiple pathways), iaitu, sama ada ditempatkan sepenuhnya di dalam kelas aliran perdana (bersama pembantu guru); secara "pull out" di dalam pusat Bantuan Pembelajaran (LAC); mengikuti program Pra-Vokasional; atau ditempatkan di sekolah khas sepenuhnya. Penempatan ini dibuat berdasarkan keperluan individu pelajar dan bukan semata-mata faktor umur atau tahap persekolahan.

Bagi pelajar yang memerlukan intervensi intensif, seperti pelajar yang mengalami keperluan pertuturan, percakapan dan/atau komunikasi, keperluan sensori dan motor, dan literasi dan numerasi, JPKhas melalui Bahagian Penilaian dan Intervensi telah dan sedang melaksanakan sesi intervensi secara langsung kepada pelajar yang dikenal pasti bagi membantu pelajar berkenaan mencapai kemahiran yang disasarkan dalam IEP. Kerjasama antara Bahagian Penilaian dan Intervensi dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain di Jabatan Pendidikan Khas serta pihak sekolah dilaksanakan melalui pendekatan kolaboratif bagi memastikan kesinambungan intervensi, penyelarasan bantuan serta pemantauan kemajuan pelajar secara bersama. Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar serta teknologi bantuan dipertingkatkan mengikut kesesuaian keperluan pelajar.

Dalam memastikan penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib tidak membebankan pihak sekolah, Kementerian melaksanakan pendekatan berasaskan keperluan melalui penempatan sumber pembelajaran dan tenaga pengajar secara sistematik, penubuhan Pusat Kecemerlangan, serta peningkatan kapasiti guru melalui latihan perkembangan profesional yang berterusan. Penambahbaikan persekitaran pembelajaran seperti bilik sumber dan ruang intervensi juga dilaksanakan secara berperingkat.

Melalui pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu ini, pihak Kementerian akan terus memastikan setiap pelajar berkeperluan khas bukan sahaja mendapat akses kepada pendidikan, malah menerima pembelajaran yang benar-benar bermakna, berterusan dan bersesuaian dengan potensi masing-masing.

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.