Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT021
SOALAN
Yang Berhormat Awang Lau How Teck
YANG BERHORMAT AWANG LAU HOW TECK meminta MENTERI SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN menyatakan bagaimana mengimbangi antara objektif sekuriti makanan negara dengan keperluan keuntungan pengusaha pertanian? Apakah petunjuk prestasi yang digunakan untuk memastikan dasar pertanian tidak mewujudkan kebergantungan berpanjangan kepada sokongan kerajaan?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Dalam memastikan keseimbangan antara objektif sekuriti makanan negara dan keperluan keuntungan pengusaha pertanian, pendekatan Kementerian adalah untuk memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan kos serta pembangunan industri pertanian yang berdaya maju secara komersial.
Pendekatan ini penting bagi memastikan bahawa pengeluaran makanan tempatan bukan sahaja menyumbang kepada sekuriti bekalan makanan negara, tetapi pada masa yang sama dapat memberikan pulangan ekonomi yang mampan kepada para pengusaha pertanian.
Sehubungan itu, dasar pembangunan sektor pertanian tidak hanya tertumpu kepada sokongan Kerajaan semata-mata, tetapi lebih kepada usaha memperkukuhkan keupayaan pengeluaran dan daya saing industri, termasuk melalui penggunaan teknologi moden, penyelidikan dan inovasi, serta pembangunan ladang berskala komersial yang mampu mencapai ekonomi skala.
Di samping itu, pengukuhan aspek pemasaran dan akses kepada pasaran turut diberi perhatian bagi memastikan hasil pertanian tempatan mempunyai saluran pasaran yang stabil dan berdaya saing. Pengusaha yang telah mencapai tahap pengeluaran yang tinggi juga digalakkan untuk meneroka pasaran eksport sebagai langkah memperluaskan peluang pendapatan.
Bagi menilai keberkesanan dasar ini serta memastikan sektor pertanian tidak bergantung secara berpanjangan kepada sokongan Kerajaan, beberapa indikator prestasi utama digunakan.
Antaranya termasuk Tahap Sara Diri (Self-Sufficiency Ratio) yang mengukur keupayaan pengeluaran tempatan memenuhi permintaan domestik melalui pengeluaran tempatan tanpa bergantung kepada import, serta produktiviti per hektar, yang menunjukkan tahap kecekapan penggunaan tanah dan penggunaan teknologi dalam meningkatkan hasil pertanian.
Selain itu, peningkatan pendapatan bersih pengusaha pertanian turut menjadi indikator penting dalam menilai sejauh mana industri ini mampu beroperasi secara mampan dan berdaya tahan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.
Melalui pendekatan ini, Kementerian berhasrat untuk membangunkan sektor pertanian yang bukan sahaja menyumbang kepada sekuriti makanan negara, tetapi juga mampu berkembang sebagai industri yang berdaya maju, berdaya saing dan memberikan pulangan ekonomi yang berterusan kepada para pengusaha tempatan.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.