Jawapan bagi Pertanyaan Bertulis PT051
SOALAN
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan
YANG BERHORMAT AWANG HAJI DAUD BIN JIHAN meminta MENTERI HAL EHWAL UGAMA menyatakan berkenaan garis panduan rasmi kementerian dan langkah penambahbaikan mengenai pemohon SKN ke MUIB, bagi memperjelaskan tanggungjawab serta mengurangkan beban pentadbiran di peringkat kampong?
JAWAPAN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
Bagi memastikan permohonan bantuan zakat khususnya yang melibatkan Sistem Kebajikan Negara (SKN) supaya dapat diproses secara lebih teratur dan berkesan, pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal sedang dan telah melaksanakan usaha-usaha memperkemas tatacara permohonan dan memperjelaskan dari masa ke semasa mengenai tanggungjawab setiap pihak yang terlibat bagi mengurangkan beban pentadbiran di peringkat akar umbi seperti penghulu mukim dan ketua kampung.
Antara usaha-usaha Jabatan ini dalam memperjelaskan tanggungjawab serta mengurangkan beban pentadbiran di peringkat kampung adalah dengan melaksanakan satu inisiatif turun padang melalui Program Kembara Zakat pada tahun 2026 yang diadakan di keempat-empat daerah di Negara Brunei Darussalam. Program ini berlangsung antara bulan Januari hingga Februari 2026 dan dilaksanakan dalam bentuk sesi dialog bersama institusi penghulu dan ketua kampung.
Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi maklumat mengenai tatacara permohonan bantuan zakat, di samping mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pihak penghulu dan ketua kampung mengenai cabaran yang mereka hadapi khususnya dalam pengendalian permohonan melalui sistem SKN.
Melalui sesi dialog tersebut, beberapa isu telah diketengahkan oleh para penghulu dan ketua kampung. Antaranya termasuk kekeliruan mengenai peranan dan tanggungjawab dalam proses sokongan permohonan, beban pengesahan maklumat pemohon, serta pertindihan antara permohonan bantuan kebajikan melalui JAPEM dan permohonan bantuan zakat di bawah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). Keadaan ini kadangkala menyebabkan proses permohonan menjadi lebih panjang dan menambah beban pentadbiran di peringkat kampung.
Bagi menangani perkara ini, beberapa langkah penambahbaikan telah dicadangkan, antaranya memperkukuhkan lagi komunikasi dan perkongsian maklumat antara pihak penghulu, ketua kampung dan pihak pengurusan JUZWAB menggunakan platform digital Microsoft 365 di bawah kawalan dan Pengurusan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC). Selain itu, cadangan juga diberikan supaya sesi taklimat atau latihan berkala diadakan bagi memastikan pihak penghulu dan ketua kampong sentiasa memahami prosedur terkini berkaitan permohonan bantuan zakat.
Secara keseluruhannya, penganjur Program Kembara Zakat ini telah memberi ruang kepada perbincangan yang konstruktif antara pihak Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal (JUZWAB) dan institusi penghulu serta ketua kampung. Melalui pendekatan ini, diharapkan satu sistem pengurusan permohonan bantuan yang lebih jelas, cekap dan selaras dapat diwujudkan, sekaligus memudahkan urusan masyarakat yang memerlukan bantuan serta mengurangkan beban pentadbiran di peringkat kampung.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.